Ini Kata Kata TMJ Tentang Apa Yang Akan Terjadi Sempena Tahun 2019. TMJ Beritahu Akan Ada Kelainan

Ini Kata Kata TMJ Tentang Apa Yang Akan Terjadi Sempena Tahun 2019. TMJ Beritahu Akan Ada Kelainan

Ini Kata Kata TMJ Tentang Apa Yang Akan Terjadi Sempena Tahun 2019. TMJ Beritahu Akan Ada Kelainan

Ini Kata Kata TMJ Tentang Apa Yang Akan Terjadi Sempena Tahun 2019. TMJ Beritahu Akan Ada Kelainan
Ini Kata Kata TMJ Tentang Apa Yang Akan Terjadi Sempena Tahun 2019. TMJ Beritahu Akan Ada Kelainan

Tengku Mahkota Johor atau lebih popular dengan nama TMJ memang sering menjadi perhatian sekiranya beliau berkata sesuatu. Kali ini beliau memberi sepatah dua kata tentang sambutan tahun baru dan apa akan terjadi pada 2019.
Video Ucapan TMJ Berada Di Bawah Artikel

ARTIKEL MENARIK: Nelayan Pun Tak Berani. Ada Sebab Kenapa Mereka Tutup ‘Kuala’


Kata Kata TMJ Di Facebook Rasmi Beliau

Sambutan Tahun Baru sentiasa menjadi waktu yang optimis, ia seperti kita meraikan berakhirnya satu tahun dan meluangkan masa untuk mengimbas 12 bulan yang lalu.
Dan sementara 2018 mempunyai cabarannya, kita juga perlu melihat kembali tahun ini dengan pengetahuan bahawa hari yang lebih cerah berada di hadapan kita – walaupun cabaran kita hebat, setiap dari kita masing-masing mempunyai resolusi dan keazaman untuk bangkit dan menghadapinya.
MASALAH RAKYAT
Saya tahu bahawa jalan menuju kehadapan kelihatan mencabar: kenaikan kos sara hidup, ekonomi yang suram, ketidakstabilan politik hanyalah antara cabaran-cabaran tersebut. Tetapi di Johor, percayalah apabila saya katakan kita boleh mempunyai keyakinan yang kukuh tentang masa depan kita.
Keluarga Diraja Johor akan terus bekerjasama dengan Kerajaan Negeri untuk memastikan bahawa #BangsaJohor terus maju dan tidak dibebani.
SUMBANGAN NEGERI JOHOR KEPADA RAKYAT
Tahun ini sahaja, Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah menyumbangkan 60.7 hektar tanah untuk projek perumahan yang mampu dimiliki, menyediakan biasiswa kepada pelajar kurang bernasib baik dan memperbaharui komitmen untuk alam sekitar, itu antara beberapa perkara sebagai contoh.
Dan saya akan terus bercakap apa yang berada difikiran saya, menyatakan kebenaran walaupun agak sukar diterima. Saya tidak akan sesekali merendahkan suara saya untuk keselesaan seseorang. Rakyat Johor akan sentiasa menjadi keutamaan saya.
Tugas ini tidak akan terhenti di situ. Saya percaya dengan komitmen kami, langkah-langkah yang telah kami ambil – dan akan terus mengambil – akan memastikan pertumbuhan Johor adalah mampan dan inklusif, memberi kesan kepada semua segmen masyarakat. Insya-Allah.
AMBIL TAHU PASAL RAKYAT
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mendesak ahli politik dari kedua-dua belah pihak untuk mengutamakan rakyat, berhenti berpolitik dan mula mentadbir. Lakukan tugas bersama-sama, bekerjasama dengan satu sama lain untuk membina masa depan yang cerah untuk semua.
Sebagai penutup bahagian ini, mari kita ambil masa sejenak untuk menghitung rahmat tidak kira betapa kecil atau besar dan kita boleh terus meraikan nilai-nilai yang menyatukan kita, Bangsa Johor di tahun 2019.


DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

UCAPAN TMJ DI INSTAGRAM (VIDEO)

Berbeza pula ucapan TMJ di laman rasmi Instagram beliau yang sekarang ini telah mencecah 808 ribu pengikut.
Menurut beliau di dalam Instagram akan menjadi tempat yang berbeza dari laman sosial lain. Beliau akan lebih santai dan relax di dalam instagram.
Mari lihat video ucapan TMJ.
Video Player
00:00
00:39

Sumber Artikel : Facebook / Instagram HRH Crown Prince of Johor
Artikel By: KL Viral

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post