Kagum Dengan Semangat Murid Tahun Satu Ke Sekolah Kerana Ingin Belajar Walau Hidap Sakit Kronik Dapat Perhatian Netizen

TIDAK mampu berdiri dan berjalan dalam tempoh lama akibat menghidap penyakit buah pinggang yang kronik sejak kecil.

Bagaimanapun, kekurangan itu tidak menjadi penghalang buat murid Tahun Satu, Mohamad Hazim Hafifi Mat, 7, yang bersemangat untuk memulakan hari pertama persekolahannya di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Isap, Kuantan, hari ini.

ARTIKEL MENARIK: Subhanallah, Rupanya NASA Sorok Perkara Ini. Adakah Dunia Akan Hadapi Bencana Pada 2019. Ini Respond Pihak NASA

Ibunya, Anisah Sidek, 48, berkata, Mohamad Hazim Hafifi disahkan menghidap penyakit buah pinggang sejak berusia sembilan bulan apabila satu buah pinggangnya gagal berfungsi dengan baik.
Katanya, anak bongsu daripada tujuh beradik itu mula menjalani rawatan dialisis di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) sejak berusia 18 bulan hingga kini berusia tujuh tahun.

MURID Tahun Satu Mohamad Hazim Hafifi Mat 7, yang juga pesakit buah pinggang kronik yang mana dia hanya bersekolah 3 hari seminggu ketika ditemui pada hari pertama persekolahan di Sekolah Kebangsaan Sungai Isap. FOTO Farizul Hafiz Awang

“Walaupun menyedari dia berbeza dan tidak aktif seperti rakan sebayanya yang lain, dia tetap semangat untuk bersekolah, malah sejak beberapa bulan lalu dia sudah tanya bila hendak hantar dia ke sekolah kerana ingin belajar.
“Saya lihat semangat dia, saya sebagai ibu jadi terharu dan akan cuba sedaya upaya untuk pastikan impiannya belajar seperti kanak-kanak lain tercapai,” katanya ketika ditemui NSTP, di SK Sungai Isap.
Bagaimanapun Anisah memaklumkan, anaknya perlu menjalani rawatan dialisis pada setiap hari Selasa, Khamis dan Sabtu yang menyebabkan Mohamad Hazim Hafif hanya boleh ke sekolah pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat sahaja.
Suri rumah itu berkata, surat pelepasan kelas serta laporan perubatan dari HTAA sudah diserahkan kepada pejabat pendidikan daerah di Kuantan, memaklumkan mengenai tahap kesihatan anaknya yang memerlukan rawatan dan penjagaan rapi.
“Hazim tidak boleh aktif dan bermain seperti murid lain malah jika dia berjalan perlu dibantu… Saya juga sudah maklumkan kepada guru jika dia ingin ke tandas perlu dibantu,” katanya.
Dalam nada sayu, Anisah memaklumkan anaknya teringin menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak lain walaupun sudah menjalani 10 pembedahan sejak berusia 18 bulan.

Katanya, pengambilan ubat dan pemakanan Mohamad Hazim Hafifi juga perlu dipantau setiap hari bagi mengelaknya mudah dijangkiti penyakit dan demam.
“Doktor maklumkan jika anak saya terus menjalani dialisis seperti dijadualkan dan mengambil ubat dia boleh membesar seperti kanak-kanak lain walaupun kini dia bertubuh kecil dengan berat 16 kilogram berbanding murid lain,” katanya.
Sumber : Harian Metro

Murid hidap sakit buah pinggang kronik bersemangat ke sekolah

KUANTAN: Tidak mampu berdiri dan berjalan dalam tempoh lama akibat menghidap penyakit buah pinggang yang kronik sejak kecil.
Namun, semua kekurangan itu tidak menjadi penghalang buat murid Tahun Satu, Mohamad Hazim Hafifi Mat, 7, yang bersemangat untuk memulakan hari pertama persekolahannya di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Isap, di sini, hari ini.
Ibunya, Anisah Sidek, 48, Mohamad Hazim Hafifi disahkan menghidap penyakit buah pinggang sejak berusia sembilan bulan apabila satu buah pinggangnya gagal berfungsi dengan baik.
Katanya, anak bongsu daripada tujuh beradik itu mula menjalani rawatan dialisis di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) sejak berusia 18 bulan hingga kini berusia tujuh tahun.
“Walaupun menyedari dia berbeza dan tidak aktif seperti rakan sebayanya yang lain dia tetap semangat untuk bersekolah, malah sejak beberapa bulan lalu dia sudah tanya bila hendak hantar dia ke sekolah kerana ingin belajar.
“Saya lihat semangat dia, saya sebagai ibu jadi terharu dan akan cuba sedaya upaya untuk pastikan impiannya belajar seperti kanak-kanak lain tercapai,” katanya ketika ditemui NSTP, di SK Sungai Isap.
Bagaimanapun Anisah memaklumkan, anaknya perlu menjalani rawatan dialisis pada setiap hari Selasa, Khamis dan Sabtu yang menyebabkan Mohamad Hazim Hafif hanya boleh ke sekolah pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat sahaja.
Suri rumah itu berkata, surat pelepasan kelas serta laporan perubatan dari HTAA sudah diserahkan kepada pejabat pendidikan daerah di sini, memaklumkan mengenai tahap kesihatan anaknya yang memerlukan rawatan dan penjagaan rapi.
“Hazim tidak boleh aktif dan bermain seperti murid lain malah jika dia berjalan perlu dibantu… Saya juga sudah maklumkan kepada guru jika dia ingin ke tandas perlu dibantu,” katanya.
Dalam nada sayu, Anisah memaklumkan anaknya teringin menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak lain walaupun sudah menjalani 10 pembedahan sejak berusia 18 bulan.
Katanya, pengambilan ubat dan pemakanan Mohamad Hazim Hafifi juga perlu dipantau setiap hari bagi mengelaknya mudah dijangkiti penyakit dan demam.
“Doktor maklumkan jika anak saya terus menjalani dialisis seperti dijadualkan dan mengambil ubat dia boleh membesar seperti kanak-kanak lain walaupun kini dia bertubuh kecil dengan berat 16 kilogram berbanding murid lain,” katanya
Sumber : Berita Harian via KLViral

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post