Kisah Kenapa Ibu Ini Terpaksa Memandu Sendiri Untuk Bersalin Di Hospital Pada Tahun Baru 2019
Kisah Kenapa Ibu Ini Terpaksa Memandu Sendiri Untuk Bersalin Di Hospital Pada Tahun Baru 2019 |
IBU kepada dua anak, Norizan Awang Ngah, menceritakan detik cemasnya apabila terpaksa memandu sendiri ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), pagi semalam, berikutan mahu bersalin.
Wanita berusia 31 tahun itu akhirnya selamat melahirkan anak ketiganya iaitu bayi perempuan pada 7.17 pagi hari ini, sekali gus menjadi hadiah istimewa sempena Tahun Baharu 2019.
ARTIKEL MENARIK: Kagum Dengan Semangat Murid Tahun Satu Ke Sekolah Kerana Ingin Belajar Walau Hidap Sakit Kronik Dapat Perhatian Netizen
“Semalam saya masih bekerja dan keluar dari rumah di Keramat pada 8.30 pagi dengan memandu sendirian ke pejabat di Titiwangsa.
“Ketika sedang memandu, terasa keluar kecairan dan saya cuba bertenang dengan terus memandu ke HKL. Mungkin kerana ia kehamilan ketiga membuatkan saya tidak panik.
“Sebaik saja sampai di hospital, doktor dapati pintu rahim sudah terbuka 3 sentimeter dan saya terus dimasukkan ke wad.
“Alhamdulillah saya selamatkan melahirkan anak ketiga pada 7.17 pagi tadi. Saya dan suami tak sangka akan dapat bayi Tahun Baru 2019 kerana menurut jangkaan doktor saya akan bersalin seminggu lagi,” katanya.
Bayi perempuan seberat 3.2 kilogram (kg) itu belum diberi nama lagi.
Sempena kedatangan Tahun Baharu 2019, HKL menyambut kelahiran 23 bayi.
Bayi pertama dilahirkan pada 12.09 tengah malam tadi seberat 2.6kg.
Ibu muda, Nor Farhani Ahmad Nuzemi, 24, yang melahirkan anak sulungnya pada 8 pagi hari ini berkata, dia dan suami, Azlan Hamzah, 33, sempat berjalan-jalan selepas ‘turun darah’ semalam.
Kata Farhani, dia yang bekerja separuh hari semalam mengalami ‘turun darah’ dan selepas melakukan pemeriksaan di Klinik Kesihatan, doktor memintanya segera ke HKL.
“Tetapi sebelum ke HKL saya dan suami sempat berjalan-jalan dulu di sekitar Kuala Lumpur kerana saya rasa ok dan belum tarikh nak bersalin lagi.
“Selepas itu, baru kami ke HKL dan doktor dapati pintu rahim saya sudah terbuka. Agaknya mungkin saya aktif sangat.
“Rezeki kami mendapat bayi pada tahun baru,” katanya.
Pasangan suami isteri itu sedang memilih nama yang sesuai untuk bayi lelaki mereka yang dilahirkan dengan berat 2.6kg.
Sumber Artikel : HMETRO ONLINE via KLViral
Post a Comment