Subhanallah, Rupanya NASA Sorok Perkara Ini. Adakah Dunia Akan Hadapi Bencana Pada 2019. Ini Respond Pihak NASA
Subhanallah, Rupanya NASA Sorok Perkara Ini. Adakah Dunia Akan Hadapi Bencana Pada 2019. Ini Respond Pihak NASA |
NASA sebelum ini pernah membuat pengumuman mengenai aste roid gergasi yang dijangka menghen tam bumi pada 2019.
Batuan angkasa yang dinamakan 2002 NT7 itu dikatakan bakal memasuki atmosfera bumi pada kelajuan 60,000 kilometer sejam.
ARTIKEL MENARIK: Bapa Simbah Anak Dengan Air Panas Bukan Kerana Curi Duit, Tapi Sebab Habiskan Makanan
Menurut perkiraan, ia berkemungkinan bakal menghen tam bumi pada 1 Februari.
Bagaimanapun, ramalan mengenai asteroid 2002 NT7 itu ditarik serta-merta oleh pihak NASA.
Ujar NASA, mereka akan membuat perkiraan semula dan mengesahkan bahawa ia bukan satu ancaman kepada bumi.
Malah kata NASA, ia bakal melalui bumi tanpa membuat sebarang perlanggaran, dijangka pada 13 Januari ini.
Dalam pada itu, ahli teori konspirasi menyifatkan pihak NASA cuba untuk menutup ancaman berkenaan daripada pengetahuan umum.
Ujar mereka, 2002 NT7 merupakan asteroid yang diklasifikasikan sebagai ‘risiko impak positif’ yang dipercayai bakal menghen tam bumi.
Namun, NASA secara tiba-tiba mengumumkan bahawa ia bukanlah satu ancaman setelah perkara itu menjadi topik perdebatan hangat.
Malah sepanjang 2018 sahaja sebanyak 75 video mengenai asteroid 2002 NT7 dimuat naik ke laman Youtube. – Sumber : mStar Online
Kapal angkasa NASA tiba di objek paling jauh pernah diterokai
KETIKA penduduk bumi meraikan ketibaan tahun baharu 2019, kapal angkasa NASA, New Horizon berjaya menghantar isyarat pertama ke bumi selepas berjaya sampai ke satu batu angkasa berais di hujung sistem solar.
NASA berharap misi di Kuiper Belt dan Ultima Thule itu mampu merungkai misteri kewujudan sistem solar dan planet.
Batu angkasa berais dinamakan Ultima Thule itu, kelihatan seakan kacang, terletak di tengah-tengah Kuiper Belt di sekeliling orbit planet Neptun.
Reuters melaporkan, New Horizon yang dilancarkan pada 2006 itu mengembara sejauh 6.4 bilion kilometer untuk berada hampir dengan Ultima Thule pada jarak 3,540 kilometer.
Jurutera di Johns Hopkins University Applied Physics Laboratory di Maryland teruja dengan pencapaian itu selepas mengetahui kapal angkasa itu berjaya beroperasi ke ufuk paling jauh pernah diterokai ahli angkasa.
NASA berkata, kapal angkasa dengan sumber tenaga nuklear itu dijangka menghantar isyarat baharu beberapa hari akan datang.
New Horizon itu membawa misi ke pinggir sistem solar dengan tujuan mengkaji planet Pluto serta lima Bulan yang mengelilingi planet itu.
Pada 2015 ketika misi melintasi planet Pluto, New Horizon berjaya membuktikan saiz planet Pluto adalah lebih besar dari yang dibayangkan selama ini.
Ia kemudian meneruskan pengembaraan sejauh 1.6 bilion kilometer melepasi Pluto untuk misi kedua di kawasan Kuiper Belt.
NASA berharap misi di Kuiper Belt dan Ultima Thule itu mampu merungkai misteri kewujudan sistem solar dan planet.
Sumber : Astro Awani via KLViral
Post a Comment