Tergamak Tinggalkan Mak Di Luar Dewan, Semata-mata Nak BF Tengok Naik Pentas Konvo

Tergamak Tinggalkan Mak Di Luar Dewan, Semata-mata Nak BF Tengok Naik Pentas Konvo

Tergamak Tinggalkan Mak Di Luar Dewan, Semata-mata Nak BF Tengok Naik Pentas Konvo

Tergamak Tinggalkan Mak Di Luar Dewan, Semata-mata Nak BF Tengok Naik Pentas Konvo
Tergamak Tinggalkan Mak Di Luar Dewan, Semata-mata Nak BF Tengok Naik Pentas Konvo

Majlis konvokesyen adalah satu majlis yang sangat dinanti-nantikan oleh setiap pelajar universiti kerana hari itu merupakan hari yang sangat bermakna bukan sahaja kepada pelajar tersebut malah ahli keluarga lain turut sama meraikannya.

Selain itu, ia turut menjadi bukti pengorbanan ibu bapa yang selama ini bersusah payah demi kejayaan anak mereka.

ARTIKEL MENARIK: Sudah 15 Tahun Jadi ‘AMAH’. Tak Sangka Ini Balasan Yang Makcik Dapat Dari Keluarga Ini


Amat menyedihkan apabila ada pelajar yang dikatakan mengabaikan ibu bapa pada hari bersejarah tersebut.

Seorang pengguna twitter telah memuat naik status tidak berpuas hati dan begitu marah dengan seorang individu yang memberikan pas masuk ke dalam dewan majlis konvokesyen itu kepada teman lelakinya sedangkan ibunya dibiarkan berada di luar dewan.

1.png?resize=528%2C271&ssl=1


2.jpg?resize=600%2C450&ssl=1


Rata-rata netizen berasa ia sangat tidak patut dan mengecam tindakan pelajar tersebut yang dianggap bodoh dan tidak boleh berfikir dengan waras.

Sanggup dia mengenepikan hak ibunya untuk melihat sendiri anaknya itu menerima skrol di atas pentas sedangkan ibunya banyak berkorban dan tidak putus-putus mendoakannya sehingga dia berjaya bergelar graduan.

3.png?resize=532%2C459&ssl=1


Sepatutnya kenalah hargai ibu

Netizen sangat memahami walau apa cara sekalipun, mereka perlu mengutamakan ibu bapa mereka dalam situasi tersebut.

Memang dilihat agak melampau apabila ada graduan yang melebihkan teman lelakinya yang belum tentu lagi sah menjadi suaminya.


Jadi, wajarlah ibu bapa diberi penghargaan untuk melihat dan berasa bangga disaat nama anaknya dipanggil untuk menerima skrol di atas pentas.

4.png?resize=527%2C529&ssl=1


Mungkin ibunya sengaja tak nak masuk dewan

Namun, ada segelintir netizen yang masih berfikiran positif mengenai isu tersebut.

Netizen membuat andaian bahawa ibu graduan itu sendiri yang tidak mahu berada di dalam dewan konvokesyen.

Jadi, dia membenarkan suami dan teman lelaki anaknya untuk berada didalam dewan tersebut.

5.png?resize=524%2C324&ssl=1


Walau apa pun, jangan sesekali menyisihkan ibu bapa dalam apa jua perkara. Benarlah, lumrah bagi setiap orang untuk mempunyai teman hidupnya sendiri apabila dewasa tetapi teman hidup yang paling banyak berkorban dan setia disisi adalah ibu bapa kita sendiri.

Hargailah mereka selagi masih ada.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post