[Rakaman Di Dalam] Pelik Tapi Benar, Ibu Aliff Syukri Kongsi Pengalaman Jumpa Wanita Lahirkan Anak Kembar Buaya Awal Tahun Ini!
[Rakaman Di Dalam] Pelik Tapi Benar, Ibu Aliff Syukri Kongsi Pengalaman Jumpa Wanita Lahirkan Anak Kembar Buaya Awal Tahun Ini! |
Memang pelik dan sukar untuk dipercayai, bagaimanapun perkongsian daripada ibu pengasas kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Rozita Ibrahim yang juga seorang usahawan awal tahun ini memang mengejutkan.
Hampir setahun, pasti ada yang masih ingat mengenai kunjungan ushawan ini ke sebuah kediaman untuk mengetahui sendiri apa yang berlaku.
ARTIKEL MENARIK: 27 Kali Lebih Kaya Dari Christiano Ronaldo, Inilah Pemain Bola Paling Kaya Di Dunia
Bonda Rozita di akaun Instagramnya, ada berkongsi sepotong video yang menunjukkan seekor buaya sedang terbaring di atas katil. Menurutnya, buaya tersebut merupakan ‘anak kembar’ kepada seorang wanita bernama Asmah. Pelik bukan?
Difahamkan, Asmah telah melahirkan anak kembar di mana salah seorang kembar yang dilahirkan adalah seekor buaya manakala seorang lagi adalah manusia normal!
Sementara, ‘kembar’ berupa buaya itu diberi nama Nurhasanah dan kini berusia 27 tahun manakala adik kembarnya yang bernama Masroni dikatakan telah dihalau keluar dari kampung.
Update dari insta Bonda Rozita
View this post on Instagram
A post shared by ROZITA JRM OFFICIAL (@bondarozitaibrahim) on Jan 23, 2018 at 4:54pm PST
Apa pun, ikuti perkongsian Rozita mengenai anak kepada Asmah ini.
“Hasanah mandi sendiri, siang dia tidur dekat day bed yang kita tengok dalam video ni. Malam hari naik atas katil yang besar, pandai pula dia dalam hati saya turun dan naik katil yang agak tinggi. Masa nak mandi, dia turun bath tab (orang sponsor) makannya seminggu dua kali makan sikit je ayam kampung yang dipanggang.
“Kalau tidak suka kepada tetamu itu, dia bergerak2 dan melibas ekornya. Makan mak suapkan. Kulit dia lembut sangat bersih. Biasanya kulit buaya itu keras. Abang kepada Hasanah teman supir kami duduk sama mak dan Hasanah di rumah ini.
“Kami diperlihatkan surat beranak dan dokumen2 lain, meskipun awalnya ibu Hasanah tidak selesa dengan kedatangan kami orang Malaysia kerana pernah terjadi menyebarkan fitnah kepada keluarganya…,” itu antara coretan yang ditulis Bonda Rozita menerusi ruangan kapsyen.
Apa pun, kebesaranNya tidak perlu dinafikan dan Dia Maha Mengetahui. Apa pun, juga janganlah terlalu percaya perkara yang kita tidak tahu kesahihannya cuma ambil apa yang kita lihat sebagai iktibar bahawa kuasaNya itu sangat besar.
Dihujung video, usahawan itu sekali lagi menegaskan, sayangilah kita semua sesama muslim.
Foto/video: Instagram Bonda Rozita via MH
Post a Comment