Sudah 15 Tahun Jadi ‘AMAH’. Tak Sangka Ini Balasan Yang Makcik Dapat Dari Keluarga Ini
Sudah 15 Tahun Jadi ‘AMAH’. Tak Sangka Ini Balasan Yang Makcik Dapat Dari Keluarga Ini |
Kes penderaan terhadap amah yang pernah berlaku sebelum ini membuatkan masyarakat mula memandang serong terhadap golongan majikan yang dianggap kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Pun begitu, tidak semua majikan bersikap sedemikian. Sebagai contoh, pembantu rumah kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang ini sangat bernasib baik kerana mempunyai majikan yang memahami, lapor Harian Metro.
ARTIKEL MENARIK: Kereta Kena Double Park. Tindakan Doktor Ini Harus Menjadi Contoh Buat Kita Semua
Sama Sokah, 49, yang sudah 15 tahun berkhidmat dengan wakil rakyat tersebut berasa dihargai apabila Datuk L Manickam pernah membiayai belanja umrahnya pada Disember 2016 selepas ibadat umrahnya tertangguh untuk ke Tanah Suci akibat ditipu ejen pada tahun 2014. Wah baiknya hati majikan Sama!
Sumber: BH
“Sepanjang 15 tahun menjadi pembantu rumah bagi keluarga ini, saya dilayan seperti keluarga sendiri. Majikan saya itu juga pernah membiayai ibadat umrah selepas saya tertangguh untuk ke Tanah Suci kerana ditipu ejen pada 2014.
“Sepanjang 15 tahun menjadi pembantu rumah bagi keluarga ini, saya dilayan seperti keluarga sendiri. Majikan saya itu juga pernah membiayai ibadat umrah selepas saya tertangguh untuk ke Tanah Suci kerana ditipu ejen pada 2014.
“Malah Datuk mengeluarkan duit tambahan bagi memastikan hasrat saya menunaikan ibadat itu tercapai dan sanggup ke Jakarta menyelesaikan masalah yang berlaku,” kata Sama yang terharu dengan tindakan Datuk L Manickam.
Sama yang kini bertugas di rumah Manickam dekat Bahau juga berkata, seluruh ahli keluarga majikannya itu sangat menghormatinya walaupun mereka berlainan agama dan tidak pernah melarangnya untuk menunaikan kewajipan agama Islam termasuklah solat dan berpuasa.
Malah Sama yang juga seorang ibu tunggal sangat terkesan apabila Manickam sanggup membantunya pulang ke kampung dengan segera sebaik dia menerima berita kematian ibunya empat tahun lalu.
“Saya sempat melihat wajah arwah ibu buat kali terakhir sebelum dikebumikan dan semua itu atas bantuan majikan sekeluarga yang membantu menguruskan perjalanan pulang saya,” ujar Sama.
Sumber: BH
Menurut M Indhu,19, anak ketiga Manickam, mereka sekeluarga juga sudah menganggap Sama sebagai ahli keluarga sendiri kerana wanita itu telah menjaganya sejak dari kecil lagi dan sering menghantarnya ke tadika berhampiran rumah. Dia juga dikatakan menangis setiap kali berpisah dengan Sama ketika amah berkenaan pulang bercuti ke kampung.
Dalam pada itu, Manickam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Sumber Manusia, Perladangan dan Kampung Baru negeri berkata, Sama merupakan pembantu rumahnya yang ketiga dan paling lama bertugas dengannya.
“Kami sekeluarga sangat senang dengannya malah dia menjalankan tanggungjawab dengan jujur dan amanah,” kata Manickam.
Tidak semua majikan itu kejam dan tidak berhati perut. Syukurlah masih ada yang memahami dan menganggap amah sebahagian daripada keluarga.
Sumber: lobakmerah.com
Via: abadkini.site & KLViral
Post a Comment