Akhirnya Pengurusan Taman Tema Air Tampil Jawab Aduan Stacy Dimalukan Oleh Pekerja Mereka

Akhirnya Pengurusan Taman Tema Air Tampil Jawab Aduan Stacy Dimalukan Oleh Pekerja Mereka

Akhirnya Pengurusan Taman Tema Air Tampil Jawab Aduan Stacy Dimalukan Oleh Pekerja Mereka

Akhirnya Pengurusan Taman Tema Air Tampil Jawab Aduan Stacy Dimalukan Oleh Pekerja Mereka
Akhirnya Pengurusan Taman Tema Air Tampil Jawab Aduan Stacy Dimalukan Oleh Pekerja Mereka

PIHAK pengurusan Sunway Lagoon, melahirkan rasa kesal di atas kejadian yang menimpa penyanyi, Stacy Anam dan keluarganya ketika berada di taman tema air terkenal itu.
TAMAN Tema Sunway Lagoon mengambil serius aduan penyanyi Stacy Anam berhubung dua kakitangan mereka yang didakwa memperlekehkan dia dan suami, Akim Ahmad.

ARTIKEL MENARIK: Dimalukan Oleh Dua Pekerja Taman Tema Air Terkenal. Respond Stacy Ini Dapat Perhatian Netizen


Menerusi komen yang ditinggalkan di Instagram Stacy, taman tema itu menjelaskan akan menyiasat perkara berkenaan.
“Terima kasih kerana tampil memberi maklum balas mengenai insiden yang berlaku.
“Kami kesal dengan pengalaman buruk yang dilalui. Untuk pengetahuan, kami sedang menyiasat perkara ini.
“Pihak pengurusan juga tidak akan menerima sebarang tindakan dan perilaku yang tidak baik. Kami akan mengambil tindakan. Terima kasih,” katanya.
Sementara itu, Stacy berterima kasih dengan maklum balas pihak taman tema terbabit.
“Saya mengambil langkah memuat naik perkara ini kerana sebagai pengunjung perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku kerana kami membayar tetapi kami mendapat layanan yang kurang baik daripada kakitangan anda.
“Siapa nak menerima layanan sebegini? Saya berharap ia menjadi pengajaran untuk kedua pihak.
“Wang ringgit yang dikeluarkan adalah untuk datang bergembira bersama keluarga,” tulisnya.


Dalam pada itu, Akim yang juga vokalis kumpulan Akim & Majistret berkata, layanan sebegini sudah biasa dilalui golongan artis.
“Selalunya saya buat tak tahu je. Hari ini isteri yang sedang urus anak-anak yang tengah meragam terdengar pula suara yang kurang enak.
“Untuk saya perkara sebegitu sudah biasa dilalui oleh artis. Mungkin ada hikmah benda ini untuk semua pihak termasuklah pengurusan dan apapun pekerjaan.
“Dengan era yang serba canggih dan kita nak melangkah ke tahun 2020, harap semua ada peningkatan dari segi kesopanan dan kesusilaan,” tulisnya.
Menurut wakil pengurusan terbabit kepada Sinar Harian, pihaknya akan menyiasat perkara sebenar dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya.
“Terima kasih kerana memaklumkan perkara ini kepada kami. Kami kesal dengan pengalaman yang kurang menyenangkan.
“Sila ambil perhatian bahawa kami kini sedang menyiasat masalah yang timbul. Pihak pengurusan tidak akan sesesekali membiarkan sikap dan tinkah laku tersebut dan akan mengambil tindakan sewajarnya. Terima kasih,” ujarnya kepada Sinar Harian.
Sumber : Sinar Harian, Harian Metro

‘Kamu ingat kami binatang bawa anak… ‘

PENYANYI Stacy Anam berang apabila dirinya diperlekehkan dua petugas di sebuah taman tema air terkenal di Lembah Klang.
Stacy berkata, petugas itu dengan sengaja berniat untuk memalukan dia bersama suami yang juga penyanyi Akim Ahmad yang ketika itu sibuk menguruskan dua anak mereka untuk masuk ke taman itu.
“Ingatkan saya seorang saja yang kena, rupanya suami pun sama. Kami penat urus anak yang meragam boleh pula kakitangan di situ ‘menganjing’ depan-depan.
“Saya tak kisah kalau tak kenal kami tapi janganlah sampai memperlekehkan. Maaf ya kami datang bukan untuk minta dikenali atau dengar perbualan sinis itu. “Perlu ke nak mengumpat sampai terjerit-jerit hingga kami dengar apa yang diperkatakan?,” tulis Stacy di akaun Instagramnya.
Menurut Stacy, sebagai pekerja mereka seharusnya berkelakuan baik dan menghormati pengunjung yang datang.
“Kamu ingat kami binatang yang membawa anak-anak. Kami tak nak apa-apa, cuma jangan terbawa-bawa sikap kurang ajar ke tempat kerja.
“Yang datang bukan masuk percuma. Jadi tolong jaga bahasa dan tingkah laku. Harap-harap ada ganjaran besar menanti kamu atas tindakan dibuat itu,” tulisnya.

STATUS yang dikongsi Stacy. FOTO IG stacyanam

stacyanam Bawa beyshal jalan2 di #sunwaylagoon sebelum buka sekolah. Next time kita cuti tempat lain pula k bey😊 Dan kirim salam terima kasih juga lah kepada dua kakitangan sunway lagoon di kedai bersebelahan entrance tadi.. Terkejut juga sebab kena sound depan2. Ingatkan saya seorang yg kena buat camtu rupanya suami pun sama juga sebelum tu. kita penat2 urus anak yg meragam boleh pula staff situ menganjing depan2 kita..kalau saya x sibuk mengurus anak tadi,boleh ja saya tanya balik depan muka kamu apa masalah kamu?lapar eh?ataupun nak tunjuk terer terjerit2 cakap orang camni ‘ini artis laa xkan ko x kenal?pastu kawan dia balas oh sorry lah x kenal’.depan2 muka saya pula tu..woww!!.sorry guys kami datang sana bkn utk minta dikenal atau dengar bangang kamu tau..ataupun kamu ni pekak kan tulah mengumpat pun sengaja terjerit jerit ye? apa kamu ingat kami ni binatang membawa kanak2 kah?bukan mau apa2 pun tapi tolong ya,jangan bawa2 kurang ajar tu di tempat kerja.orang datang bukan masuk free pun kan?.harap2 ada lah reward besar kamu dapat lepas buat perkara hebat tadi👏🏻👏🏻👏🏻👏🏻😂
#kalautiadaadabtolongjangankerja
#sunwaylagoon
Artikel By KL Viral
Sumber : harian metro, instagram

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post