Pengantin Perempuan Yang Bakal Kahwin Hilang Tiba Tiba Telah Ditemui. Ini Komen Ayah Pengantin Tentang Kehilangan Misteri Anaknya

Pengantin Perempuan Yang Bakal Kahwin Hilang Tiba Tiba Telah Ditemui. Ini Komen Ayah Pengantin Tentang Kehilangan Misteri Anaknya

Pengantin Perempuan Yang Bakal Kahwin Hilang Tiba Tiba Telah Ditemui. Ini Komen Ayah Pengantin Tentang Kehilangan Misteri Anaknya

Pengantin Perempuan Yang Bakal Kahwin Hilang Tiba Tiba Telah Ditemui. Ini Komen Ayah Pengantin Tentang Kehilangan Misteri Anaknya
Pengantin Perempuan Yang Bakal Kahwin Hilang Tiba Tiba Telah Ditemui. Ini Komen Ayah Pengantin Tentang Kehilangan Misteri Anaknya

terdahulu
“SAYA tidak lena tidur, fikiran saya berserabut, saya juga perlu berhadapan dengan ahli keluarga lain dan saya berharap saya tidak diganggu buat ketika ini,” kata Mohd Ridzuan Makip, 47.
Mohd Ridzuan adalah ayah kepada Nur Izuana Atikah, 22, yang hilang pada Rabu lalu ketika keluar dari rumahnya di Kampung Pandan , Ampang untuk mengedarkan kad kahwinnnya.

ARTIKEL MENARIK: Wanita Ini Selamber Bog3l di Wakaf Che Yeh. Bila Polis Tanya Kenapa Dia Buat Kerja Gila Ini Alasan Yang Diberi Memang Aneh


Mohd Ridzuan berkata, setakat ini tiada perkembangan terbaru berhubung keadaan dan lokasi anaknya berada.
“Namun pihak keluarga melakukan ikhtiar sendiri dengan melakukan solat hajat dan memohon supaya Nur Izuana ditemui.
“Namun saya berharap saya tidak diganggu, fikiran saya sedang berserabut kerana ramai yang bertanya tentang persiapan perkahwinan Nur Izuana,” katanya ketika dihubungi d Kuala Lumpur, hari ini.
Mohd Ridzuan berkata, anak sulungnya itu keluar rumah untuk bertemu rakannya bagi menyampaikan kad jemputan perkahwinan kepada mereka di Bangsar, Kuala Lumpur.
“Sehingga kini ada juga beberapa orang menghubungi saya bertanya tentang Nur Izuana namun kini saya minta supaya tidak diganggu dan menyerahkan kepada pasukan polis untuk menyiasat,” katanya.
Terdahulu , seorang gadis dilaporkan hilang menjelang majlis perkahwinannya yang akan berlangsung di Kampung Pandan, Kuala Lumpur, hari ini.
Chef pastri, Nur Izuana Atikah Mohd Ridzuan, dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Pandan, kira-kira jam 8 pagi, Rabu lalu.
Pada hari kejadian, Mohd Ridzuan yang menghantar Nur Izuana ke Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Setiawangsa untuk ke Bangsar, bagi bertemu rakannya.

Syukur, Nur Izuana dah jumpa…

BAKAL pengantin perempuan yang dilaporkan hilang menjelang hari perkahwinan yang dijadualkan berlangsung semalam, ditemui dalam keadaan selamat, hari ini.
Chef pastri, Nur Izuana Atikah Mohd Ridzuan, 22, dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Pandan, Ampang, kira-kira jam 8 pagi, Rabu lalu.


Bapa wanita itu, Mohd Ridzuan Makip, 47, berkata dia dihubungi oleh pihak polis memaklumkan anaknya berada di Balai Polis Hulu Kelang jam 12.30 tengah hari tadi.
“Sebaik dimaklumkan mengenai berita itu, saya bergegas ke balai polis berkenaan untuk menjemput Nur Izuana.
“Saya bersyukur kerana dia ditemui dalam keadaan selamat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Katanyam, ahli keluarga akan memberi ruang kepada anak sulungnya itu untuk bertenang dan tidak mahu memberi tekanan dengan bertanya mengenai kejadian terbabit.
“Buat masa ini, saya tidak bertanyakan apa-apa kepada Nur Izuana mengenai kejadian itu kerana mahu dia bertenang terlebih dulu. Kami tidak mahu dia tertekan dengan perkara ini.
“Malah, saya sudah berbincang dengan keluarga tunangnya supaya menangguhkan terlebih dulu majlis perkahwinan mereka sehingga keadaan anak kembali pulih,” katanya.
Katanya, dia berterima kasih kepada semua pihak yang prihatin dengan kemelut dihadapi keluarganya.
“Banyak pihak yang bertanya khabar dan membantu untuk mencari anak sepanjang tempoh kehilangannya. Saya amat berterima kasih kepada pihak-pihak yang berkenaan.
“Pada masa sama, saya meminta maaf kepada pihak berkaitan terhadap sebarang kesulitan termasuk gambar individu yang tular di media sosial yang dikaitkan dengan kehilangan Nur Izuana,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Hamzah Alias ketika dihubungi, mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung penemuan wanita terbabit.
“Ahli keluarga wanita itu sudah dimaklumkan penemuannya susulan laporan dibuat di Balai Polis Hulu Kelang.
“Kami akan merakam percakapan wanita itu terlebih dulu sebelum membuat keputusan mengenai status siasatan kes berkenaan,” katanya.
Sumber : Harian Metro
-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post