UMNO Dan PAS Tak Nak Protes Skandal 1MDB Sekali Ke? – Lim Kit Siang

UMNO Dan PAS Tak Nak Protes Skandal 1MDB Sekali Ke? – Lim Kit Siang

UMNO Dan PAS Tak Nak Protes Skandal 1MDB Sekali Ke? – Lim Kit Siang

UMNO Dan PAS Tak Nak Protes Skandal 1MDB Sekali Ke? – Lim Kit Siang
UMNO Dan PAS Tak Nak Protes Skandal 1MDB Sekali Ke? – Lim Kit Siang

Pemimpin DAP Lim Kit Siang mempersoalkan sama ada Umno dan PAS akan bersama mengadakan protes bagi menyatakan bantahan terhadap skandal 1MDB dan bekas perdana menteri Najib Razak.

Ini selepas kedua-dua parti itu mengumumkan akan mengadakan himpunan bersama bagi membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi (Icerd).

ARTIKEL MENARIK: Anwar Minta Tangguh ICERD Jika Banyak Ketegangan.. “Beri Ruang Orang Melayu Dan Bukan Melayu Suarakan Pendapat”


“Umno dan PAS semakin saling bekerjasama dengan mengadakan himpunan bersama di Pasir Salak pada Sabtu dan satu lagi himpunan protes utama di Kuala Lumpur pada 8 Disember.

“Tetapi adakah mana-mana pemimpin Umno atau PAS membuat pendirian yang jelas menentang perbuatan tidak bermoral, tamak, rasuah dan salah guna kuasa dengan mengecam skandal 1MDB?

“Adakah Umno dan PAS akan mengadakan perhimpunan protes bersama terhadap Najib, skandal 1MDB dan Malaysia yang menjadi kleptokrasi global?” Soal Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Lim tidak ada tanda-tanda bahawa kedua-dua parti itu bersedia untuk berbuat demikian kerana para pemimpin mereka tidak menunjukkan kebimbangan sama sekali terhadap skandal 1MDB.


Tambah beliau pada pembentangan Belanjawan 2019, tiada seorang pun pemimpin Umno atau ahli parlimen PAS berani menegaskan bahawa 1MDB adalah malapetaka kepada negara dan Najib mesti bertanggungjawab berhubung skandal itu.

“Walaupun saya ingatkan sebelum perbahasan Belanjawan bahawa setiap ahli parlimen pembangkang harus mengumumkan pendiriannya sama ada skandal 1MDB adalah bencana nasional dan sama ada Najib bertanggungjawab menjadikan Malaysia sebagai kleptokrasi global,” kata Lim.

Ratifikasi Ecerd menjadi isu hangat apabila parti politik seperti Umno dan PAS serta NGO Melayu Islam menentang konvensyen berkenaan yang didakwa akan memberi kesan terhadap keistimewaan Melayu seperti termaktub dalam perlembagaan.

Perkara itu timbul selepas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad memberitahu perhimpunan agung PBB pada September bahawa Malaysia akan meratifikasi kesemua baki konvensyen hak asasi antarabangsa.

Sumber: Malaysiakini

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post