Anwar Minta Tangguh ICERD Jika Banyak Ketegangan.. “Beri Ruang Orang Melayu Dan Bukan Melayu Suarakan Pendapat”

SHAH ALAM: Presiden baharu PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta kerajaan menangguhkan pengesahan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) jika terdapat banyak ketegangan.

Beliau berkata pengesahan perjanjian antarabangsa yang kontroversi itu tidak perlu dicepatkan ketika ekonomi masih perlu diuruskan.

ARTIKEL MENARIK: “Penyangak Ini Bersifat Perkauman Tanpa Asas”, Moorthy Wajar Didakwa Di Bawah SOSMA – Khairuddin

“Bagi saya, boleh ditangguhkan. Saya akan bawa sekali lagi dalam mesyuarat PKR dan menteri-menteri ambil sikap sama, beri ruang, bagi orang Melayu dan bukan Melayu suarakan pendapat. Begitu juga perlu dengar suara orang Sabah dan Sarawak.

“Kalau mereka kata ini banyak sangat ketegangan, tangguh dulu. Ekonomi masih belum selesai, masalah getah belum terurur. Uruskan hal ini dulu,” katanya pada sidang media selepas Kongres Nasional PKR ke-13 ditangguhkan di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC).

Beliau bagaimanapun mengingatkan bahawa PKR menentang sebarang bentuk diskriminasi kaum daripada awal, dan parti itu dianggotai pelbagai kaum dan kepercayaan.

“Tapi kita juga terima kedudukan Islam, hak Bumiputera, kedaulatan raja, kedudukan bahasa. Saya kurang senang kalau penguasaan Bahasa Melayu lemah, tetapi kita juga tahu Bahasa Inggeris itu penting untuk berjaya.

“Kita harus lantang pertahankan hak orang Cina dan orang lain, dan kedudukan Bahasa Tamil dan bahasa ibunda lain, dan prinsip kebebasan,” katanya.

Isu pengesahan ICERD mengundang bantahan daripada pelbagai pihak terutama Umno dan PAS, parti Melayu dan Islam terbesar di negara ini. Pengkritik khuatir pengesahan ICERD akan memberi kesan kepada Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, yang memberi keistimewaan kepada Bumiputera.

Anwar bagaimanapun mempersoalkan keikhlasan Umno dan PAS.

“Sekarang kamu jaguh Melayu baharu. Tapi bagi saya, tanpa pedulikan sikap mereka, saya tidak fikir kita harus terburu-buru dalam soal yang boleh timbulkan ketegangan kaum,” katanya.

Sumber: FMT

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post