Harap isu tidak dipanjangkan – Video Permohonan Maaf Edi Rejang Secara Terbuka
Harap isu tidak dipanjangkan – Video Permohonan Maaf Edi Rejang Secara Terbuka |
PETALING JAYA: Seorang lelaki yang memaki seorang promoter minuman keras membuat permohonan maaf secara terbuka, selepas dikecam ramai kerana tindakannya itu dianggap biadab.
Lelaki yang lebih dikenali sebagai Edi Rejang membuat permohonan maaf di halaman Facebooknya pada malam Selasa.
ARTIKEL MENARIK: Detik Cemas Dirakam Netizen Ketika Polis & Perompak Berbalas Tembakan Dalam Pasaraya, Kelima-lima Penjanayah Mati Ditembak Polis..
“Saya membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua rakyat Malaysia terutama kepada promoter perempuan tersebut.
“Saya akui kesalahan saya dan amat menyesal di atas tindakan saya terhadap promoter tersebut,” katanya.
Menerusi video kira-kira 45 saat itu, dia turut berharap agar isu berkenaan tidak seharusnya dipanjangkan oleh mana-mana pihak selepas ini.
“Saya telah bertemu dengan Ahli Parlimen DAP (Kepong), YB (Yang Berhormat) Lim Lip Eng dan telah membuat permohonan maaf kepada pihaknya.
Edi Rejang telah nyah aktifkan akaun media sosial miliknya, namun begitu seorang kenalan penduduk setempat yang kongsikan video permohonan maaf itu menjelaskan bahawa dia amat menyesali perbuatannya.
” Edi Rejang mungkin bodoh, tapi macam mana nasib anak dan isteri “
Menurut kenalannya ini,Edi bukan sahaja di berhentikan kerja, anaknya yang ebrsekolah di SJK (C) didesak untuk berhenti. Katanya, Edi menangis teresak-esak menyesali perbuatannya itu.
“Mengenai isu Edi Rejang. Dia kenalan saya di flat. Apabila viral isu berkenaan, saya terkejut dan kesal dengan tindakan berkenaan. Cuba tak masuk campur. Tapi harini, saya berkesempatan pulang ke flat dan temui beliau. Beliau menangis, teresak.
Saya cerita peribadi, Edi Rejang. Saya tak berapa rapat, tapi kenal. Bila kau tinggal flat, semangat toleransi kau lebih tinggi dari tempat lain. Sering saya tengok dia bantu orang lain. Dia urus keluarga dengan baik.
Setiap hari saya akan nampak dia hantar anak ke sekolah. Anak dia sekolah jenis kebangsaan, sekolah cina. Edi Rejang mungkin tak berpendidikan, tapi dia tak lupa beri pendidikan terbaik pada anak anak.
Saya bukan nak sokong Edi. Tapi hari ini, Edi Rejang jumpa saya menangis teresak, syarikat yang dia kerja selama sepuluh tahun, buang dia serta merta.
Isteri tak kerja, Edi Rejang ada anak anak yang perlu ditanggung. Edi Rejang mungkin bodoh, tapi macam mana nasib anak dan isteri.”
Memandangkan keluarga Edi Rejang ini pandai urus keluarga dengan baik, beri pendidikan terbaik pada anak-anak. Dia menganggap bahawa tindakan Edi ini tidak ada bermotifkan politik langsung, hanya tindakan bodoh semata-mata.
“Tindakan Edi Rejang bukanlah mempunyai sebarang motif politik. Hanya kebodohan melulu beliau.”
Niatnya bukanlah ingin membela tindakan Edi Rejang, hanya kesian dengan nasib keluarga memandangkan Edi yang berkhidmat di sebuah syarikat selama 10 tahun diberhentikan kerja serta merta.
Isterinya tidak bekerja dan merasakan ini sangat tidak adil kepada keluarganya.
“Edi Rejang hanya maki seorang. Tapi Edi Rejang dan keluarga dimaki bertubi tubi oleh ribuan masyarakat. Wajah dia terpampang di pelbagai media. Ini harga yang patut dia terima hasil kebodohan dia.
Saya berani jamin, tindakan Edi Rejang bukanlah mempunyai sebarang motif politik. Hanya kebodohan melulu beliau.
Saya cuma buat kebaikan, fikirkan nasib keluarga Edi Rejang. Saya tak mahu bela perkara dan kebodohan Edi Rejang. Saya hanya mahu pastikan kebodohan beliau tidak diwarisi.
Pendidikan amat penting. Edi Rejang hilang perkerjaan. Anak beliau mungkin didesak berhenti sekolah dan tindakan lain.
Saya dimaklumkan Edi Rejang ada jumpa pimpinan. Saya harap, pimpinan berkenaan secepat mungkin selesaikan perkara ini.”
Hmm, jadikan lah pengajaran, kalau terlajak perahu boleh berundur, ni kalau terlajak upload video maki racist memang kena viral walaupun dah padam akaun. Mudah-mudahkan gadis tersebut dapat maafkan tindakan Edi Rejang ni.
“YB Lim juga mengatakan akan membuat satu perjumpaan dengan promoter perempuan tersebut secepat mungkin,” tambahnya.
Pada Isnin, tular sebuah video menunjukkan lelaki berkenaan melemparkan kata-kata kesat berbaur perkauman terhadap seorang promoter wanita di rak jualan bir di bahagian barangan tidak halal di sebuah pasar raya di Ampang.
Dia juga berterusan mengkritik wanita itu dan mendesaknya untuk bercakap dalam bahasa Melayu kerana katanya ini adalah ‘Bumi Melayu’.
Walaupun lelaki berkenaan memarahinya dan mendesak mahu mengetahui sama ada dia mempromosikan bir itu kepada semua orang termasuk orang Islam, promoter itu tetap kelihatan tenang.
Selain memaki dan melayan promoter wanita itu secara kasar, lelaki tersebut turut menunjukkan isyarat lucah sebelum beredar.
Insiden itu membangkitkan kemarahan rakyat Malaysia, di mana Lip Eng kemudian membuat desakan supaya polis mengambil tindakan tegas terhadap lelaki berkenaan.
Lip Eng yang membuat laporan di Balai Polis Ampang pada Selasa berkata, pihak berkuasa perlu mencegah ketegangan kaum di negara ini yang semakin berleluasa. – (Sumber : mStar Online)
Jangan buli anak lelaki yang maki promoter bir!
PETALING JAYA: Orang ramai digesa untuk tidak membuli anak kepada seorang pelanggan pasar raya yang memaki seorang promoter minuman keras, susulan identiti lelaki terbabit didedahkan.
Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata, orang ramai juga tidak boleh berkongsi gambar atau butiran kanak-kanak itu, seperti sekolahnya.
“Sekolah adalah untuk semua kanak-kanak. Kita tidak sepatutnya membenarkan mana-mana pelajar didiskriminasi atau dibuli,” katanya.
“Mari kita hapus kebencian dan jangan serapkannya ke sekolah.”
Nie Ching berkata, apa yang dilakukan oleh pelanggan tersebut sememangnya tidak wajar, dan promoter berkenaan tidak seharusnya dilayan sedemikian.
“Jadi, mari kita ambil penganjaran daripada (promoter minuman keras) dan tidak mengulangi kesilapan (pelanggan berkenaan),” katanya.
Sementara itu, Ketua Wanita MCA membuat laporan polis berhubung tindakan lelaki tersebut pada Selasa.
Ketuanya, Datuk Heng Seai Kie berkata, Wanita MCA kecewa isu-isu perkauman dan keganasan terhadap wanita masih berlaku di era Malaysia Baharu.
“Wanita MCA mahu menekankan bahawa kita tidak akan bertolak ansur dengan sebarang perbuatan membuli terhadap wanita.
“Kita menggesa pihak berkuasa untuk bertindak terhadap lelaki itu dan menjalankan siasatan di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Subseksyen 4 (1) (c) Akta Hasutan 1948,” kata Heng dalam satu kenyataan, Selasa.
Seai Kie memuji promoter terbabit yang kelihatan tenang berdepan dengan kritikan, dan turut menasihatkan rakyat Malaysia mengamalkan kesederhanaan untuk memelihara keharmonian, keamanan dan perpaduan negara.
Menerusi klip video yang tular, seorang pelanggan pasar raya dilihat memaki seorang promoter minuman keras kerana memberikan sampel bir di bahagian bukan halal (non halal) di sebuah pasar raya besar di Ampang.
Walaupun lelaki berkenaan memarahinya dan mendesak mahu mengetahui sama ada dia mempromosikan bir itu kepada semua orang termasuk orang Islam, promoter itu tetap kelihatan tenang.
Lelaki terbabit turut mengkritik wanita itu dan mendesaknya untuk bercakap dalam Bahasa Melayu kerana katanya ini adalah “Bumi Melayu”.
Pelanggan pasar raya itu kemudian menunjukkan isyarat lucah dan melayan promoter itu secara kasar sebelum beredar.
Susulan insiden tersebut, lelaki tersebut dikecam di atas tindakannya, dan memuji gadis berkenaan kerana pendiriannya. – (Sumber : mStar Online)
Post a Comment