Subhanallah. Adakah Ini Salah Satu Amaran Dari Allah SWT. Kejadian Yang Tidak Pernah Berlaku Apabila Semua Pokok Di Dalam Hutan Tumbang Serentak. Rakaman Disediakan

MILAN: Hujan lebat dan angin kencang yang melanda Itali telah meragut dua lagi nyawa, menjadikan angka kematian keseluruhan sekurang-kurangnya 17. Ia turut memusnahkan kawasan hutan yang sangat luas.
DIPANAH PETIR
Seorang pelancong Jerman meeninggal dunia dipanah petir pulau Sardinia pada Jumaat, manakala seorang lagi mangsaa yang turut dipanah petir beberapa hari lalu pula meninggal di hospital, kata Agensi Perlindungan Awam Itali pada Sabtu.

ARTIKEL MENARIK: Sebab Apa Pesawat Singapore Airlines dari Los Angeles ke Singapura Malam Tadi Diarah Berpatah Balik Didedahkan

Kebanyakan mangsaa yang maaut dihempap pokok. Coldiretti, persatuan syarikat pertanian Itali, mengatakan dalam satu kenyataan bahawa angin kencang telah memusnahkan kira-kira 14 juta pokok.
Penduduk memegang payung untuk melindungi diri mereka daripada hujan lebat di Monterosso al Mare. – AFP
Kawasan dari timur laut ke Sicily di barat daya Itali telah terjejas oleh riibut dengan kerosakan teruk di kawasan utara Trentino dan Veneto – wilayah di sekitar Venice, di mana perhubungan ke kampung-kampung telah terputus oleh tanah runtuh.

Pokok pain dan fir tumbang seperti batang mancis di pergunalan Alp berhampiran Belluno, kira-kira 100 kilometer di utara Venice.
“Kami akan memerlukan sekurang-kurangnya satu abad untuk kembali ke keadaan biasa,” kata Coldiretti.
Banyak dataran dan laluan pejalan kaki di Venice tenggelam oleh paras ban jir paling tinggi dalam tempoh sedekad ini di bandar terusan tersebut.
Gabenor Veneto, Luca Zaia, berkata nilai kerosakan disebabkan riibut di rantau itu berjumlah sekurang-kurangnya satu bilion euro (RM4.74 bilion) SUMBER : MSTAR ONLINE
Lihat Video
Video 2

Lebih 30 maaut, baanjir di Itali

CASTELDACCIA: Ban jir besar dan riibut kencang yang melanda Itali sejak seminggu lalu kini meragut lebih 30 nyawa, 12 daripadanya di pulau Sicily termasuk sembilan dari sebuah keluarga, kata penyelamat semalam.
Pasukan penyelamat berkata keluarga yang sedang bercuti itu terperangkap selepas rumah penginapan mereka ditenggelami air dan lumpur akibat tebing sungai yang pecah.
“Kami menemui maayat kanak-kanak berusia setahun, tiga tahun dan 15 tahun di sebuah rumah di bandar pantai Casteldaccia di timur ibu kota Palermo. Mangsaa lain berusia antara 35 hingga 65 tahun.
Tiga lagi anggota keluarga berjaya menyelamatkan diri dengan memanjat pokok, kata agensi berita Agi.
“Saya kehilangan semuanya, tiada apa lagi yang tinggal , hanya anak perempuan saya,” kata mangsaa yang terselamat, Giuseppe Giordano, 35 kepada wartawan.
Angin kencang dan hujan lebat turut mengorbankan sekurang-kurangnya 20 yang lain minggu ini di sekitar Itali, terutama di utara.
Ban jir di Sicily turut menyebabkan banyak jalan raya ditutup minggu ini, termasuk sekolah, taman awam dan laluan bawah tanah. Semalam, tentera dikerah untuk memeriksa keadaan jalan utama di pulau Mediterranean itu.
Agensi perlindungan awam Itali menyifatkan keadaan cuaca yang melanda negara itu minggu ini sebagai antara situasi meteorologi paling kompleks sejak 50 hingga 60 tahun yang lalu. – AFP
SUMBER : BHARIAN ONLINE
-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post