Sebab Apa Pesawat Singapore Airlines dari Los Angeles ke Singapura Malam Tadi Diarah Berpatah Balik Didedahkan

SINGAPURA: Sebuah pesawat Singapore Airlines (SIA) yang terbang buat kali pertama dari Los Angeles ke Singapura terpaksa berpatah balik selepas kru pesawat mengesan masalah bacaan meter minyak enjin.

Pesawat itu kemudiannya kembali dibenarkan membuat penerbangan dari Los Angeles pada jam 4.41 pagi, dengan membawa sejumlah 141 penumpang. –

Pesawat SQ37 dijadualkan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles pada jam 11.24 malam waktu tempatan dan sepatutnya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi selepas menempuh penerbangan selama 18 jam.

ARTIKEL MENARIK: Suami Terkorbaan Saat Bertugas, Isteri Penyelam SAR Lion Air Ini Sampaikan Pesanan Perpisahan

“Keputusan untuk berpatah balik ke Los Angeles diambil selepas 40 minit berlepas setelah kru pesawat mengesan masalah pada bacaan meter minyak enjin,” ujar jurucakap SIA kepada portal berita Channel NewsAsia.
Pesawat itu mendarat semula di Los Angeles pada jam 1.33 pagi pada Sabtu.
“Jurutera telah memeriksa pesawat dan memberitahu bahawa ia boleh dibaiki,” tambahnya.
Pesawat itu kemudiannya kembali dibenarkan membuat penerbangan dari Los Angeles pada jam 4.41 pagi, dengan membawa sejumlah 141 penumpang.
Pada Julai, SIA mengumumkan untuk melancarkan semula penerbangan tanpa henti antara Singapura dan Los Angeles, dengan pesawat Airbus A350-900ULR baharu.

Bulan lalu, Singapore Airlines juga mengembalikan laluan penerbangan komersial paling panjang di dunia, iaitu hampir 19 jam tanpa henti dari Singapura ke New York.

View image on TwitterView image on Twitter

INCIDENT: The return flight of the inaugural Singapore Airlines SIN-LAX-SIN non-stop service / with brand new Airbus A350-900ULR 9V-SGC has just returned to LAX with an engine issue. | Info @TomPodolec

Sumber : Astro Awani

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post