Wanita Yang Cantik Ini Akan Dikenakan Hukuman Seumur Hidup. Cantik Macam Bidadari Pun Perangai Teruk

Wanita Yang Cantik Ini Akan Dikenakan Hukuman Seumur Hidup. Cantik Macam Bidadari Pun Perangai Teruk

Wanita Yang Cantik Ini Akan Dikenakan Hukuman Seumur Hidup. Cantik Macam Bidadari Pun Perangai Teruk

Wanita Yang Cantik Ini Akan Dikenakan Hukuman Seumur Hidup. Cantik Macam Bidadari Pun Perangai Teruk
Wanita Yang Cantik Ini Akan Dikenakan Hukuman Seumur Hidup. Cantik Macam Bidadari Pun Perangai Teruk

WANITA warga Ukraine dibebas dan dilepaskan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini, atas tuduhan mengedar dadah di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), dua tahun lalu.

Bagaimanapun, Lopatkina Klavdiia, 23, ditahan semula anggota Jabatan Imigresen negeri lima minit selepas itu kerana visanya tamat tempoh.

ARTIKEL MENARIK: Arab Saudi Jatuhkan Hukuman Mati Terhadap Pekerja Indonesia Yang Membunuh Majikan Yang Cuba Merogolnya..


Lopatkina sebelum ini didakwa mengedar kokain seberat 1.5 kilogram (kg) di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, jam 11 pagi pada 31 Disember 2015.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Hakim Abdul Wahab Mohamed dalam penghakimannya berkata, pihak pendakwaan yang mengemukakan tujuh saksi menyatakan maklumat bercanggah berhubung bungkusan dadah berkenaan.

“Mahkamah tidak berpuas hati terhadap keterangan pakar kimia, pegawai polis dan pegawai penyiasat yang dilihat memberi fakta bercanggah berhubung kandungan dan bungkusan dadah terbabit.

“Oleh itu, mahkamah membebaskan dan melepaskan tertuduh daripada kesalahan mengedar dadah,” katanya.

Tertuduh diwakili peguam Datuk N Sivananthan dan Low Huey Theng manakala pendakwaan dikendalikan Noor Azrul Rahman.


Lopatkina Klavdiia dijel seumur hidup

WANITA warga Ukraine dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, di Georgetown, hari ini selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis kokain tiga tahun lalu.
Tertuduh, Lopatkina Klavdiia, 24, dilihat menangis sejurus Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed menjatuhkan hukuman itu terhadapnya, manakala seorang lelaki dipercayai suaminya pula langsung tidak masuk ke kamar mahkamah dan hanya menunggu di luar.
Sejurus mengetahui keputusan itu, lelaki terbabit juga dilihat menangis sebelum dia terus beredar untuk bertemu tertuduh yang ketika itu dibawa keluar anggota polis.
Dalam penghakimannya, Abdul Wahab berkata, tertuduh sepatutnya mempunyai masa untuk melihat dua bungkusan plastik yang dibawanya dari Dubai menuju ke Kuala Lumpur seterusnya ke Pulau Pinang.

CANTIK CANTIK DAH KENA KURUNG SEUMUR HIDUP

Image result for Lopatkina Klavdiia
Related image
“Tertuduh dilihat ‘menutup mata’ untuk mengetahui apa kandungan yang dibawanya sedangkan dia mempunyai masa yang panjang.


“Dia tidak mengambil peluang itu untuk melihat kandungan bungkusan yang didakwa mengandungi coklat yang dibawanya,” katanya.
Sebelum ini, wanita itu dilepas dan dibebaskan Mahkamah Tinggi, bagaimanapun pihak pendakwaan mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan dan mahkamah itu memerintahkan tertuduh membela diri.
Mengikut pertuduhan, Lopatkina yang mengandung sebulan ketika ditahan, didakwa mengedar dadah jenis kokain seberat 1.5 kilogram (kg) di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, 11 pagi pada 31 Disember 2015.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
Lopatkina yang melahirkan anak perempuan ketika berada di dalam penjara, diwakili peguam Datuk N Sivananthan dan Low Huey, manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Naizatul Zima Tajudin.
Sumber: HMETRO ONLINE Via KLViral

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post