Semua Berkecai, Helaian Surah Yasin Milik Penumpang Antara Ditemui Masih Utuh Seperti Asal. Subhanallah!

Senaskah surah Yasin yang masih utuh, milik penumpang Lion Air JT610 yang terhempas isnin lalu ditemui di lokasi pencarian di perairan Karawang, Jawa Barat.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam, Polis Indonesia (Polri), Brigjen Dedi Prasetyo memberitahu, saat melakukan pencarian, penyelam dari Polri menemukan sejumlah barang milik penumpang.

ARTIKEL MENARIK: Anggota Ini Dituduh Menendang Lelaki Ini. Video Menjadi Tular Dan Ini Respond Ketua Polis Daerah Jempol Tentang Apa Yan

“Pagi tadi, kita menyelam kita menjumpai lima baju. Kemudian kita menjumpai seat belt, dan terdapat buku Yasin,” kata Dedi di Perairan Karawang, Jawa Barat.
Bagaimanapun, surah Yasin tersebut masih berada dalam keadaan utuh, walau di beberapa bahagian terlihat lusuh.
Kelihatan jelas tertera tulisan berbahasa Arab warna hitam yang masih terang, dengan warna dasar kertas hijau muda walau sudah berhari-hari ia ditenggelamkan air laut.
Ujar Dedi, Polri mengerahkan 18 penyelam dalam operasi pencarian itu. Jika situasi di lokasi pencarian berada dalam keadaan baik, waktu untuk menyelam adalah sekitar 15 minit dengan kedalaman 35 meter.

“Kalau lebih dari 15 minit membahayakan keselamatan penyelam,” kata Dedi.
Difahamkan, satu pasukan akan menurunkan empat penyelam. Apabila berada di titik pencarian, dua penyelam akan turun ke dasar. Setelah 15 minit kemudian, dua penyelam akan naik semula ke atas dan bergantian dengan dua penyelam seterusnya.
“Hari ini sedikit lebih sukar dibanding dari kemarin. Arus bawah, arus atas, cukup kuat. Kelmarin, arus atas ke timur, arus bawah ke barat. Jadi itu salah satu penyebab penyelam kita mengalami kesulitan,” kata Dedi.
Sumber : Tribun News
-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post