Anggota Ini Dituduh Menendang Lelaki Ini. Video Menjadi Tular Dan Ini Respond Ketua Polis Daerah Jempol Tentang Apa Yang Berlaku
Anggota Ini Dituduh Menendang Lelaki Ini. Video Menjadi Tular Dan Ini Respond Ketua Polis Daerah Jempol Tentang Apa Yang Berlaku |
Tular di media sosial baru baru ini tentang satu rakaman pertelingkahan antara anggota polis dan orang awam. Menurut pemuat naik video, lelaki berbangsa India ini tidak berpuas hati dengan kekasaran oleh anggota polis tersebut.
Video tersebut telah menjadi tular di media sosial dan ini respond dari Ketua Polis Daerah Jempol. Petikan berita ini dipetik dari BHARIAN ONLINE
ARTIKEL MENARIK: Wanita Ini Menyembunyikan Ular Sepanjang 6 Meter Di Loteng Rumahnya, Selepas 40 Tahun, “Hal Yang Menakjubkan” Ini Berlaku!
Kami tak mahu dia sambut Deepavali di lokap – Polis
JEMPOL: “Kami tidak berhasrat memanjangkan kes kerana tidak mahu dia menyambut Deepavali di lokap,” kata Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim.
Beliau mengulas mengenai dakwaan yang menjadi viral di laman sosial, kononnya anggota polis menggunakan kekerasan dengan memukul seorang pemandu ketika bertugas melancarkan aliran trafik di pusat bandar Bahau, di sini, semalam.
Muhd Nur Hishamuddin berkata, anggota terbabit tidak langsung mengasari lelaki berusia 30-an itu, sebaliknya menasihatkan dia supaya tidak memandu dalam keadaan mabuk.
“Pada mulanya, lelaki itu enggan bekerjasama dengan polis yang memintanya mengalihkan kereta yang menghalang lalu lintas di hadapan sebuah bank, namun dia tidak berpuas hati dengan arahan itu.
“Kemudian berlaku sedikit pertengkaran dan lelaki berkenaan diarahkan hadir ke balai polis. Dia kemudian mengakui kesilapannya dan diberi amaran supaya tidak mengulangi perbuatan itu.
“Kita bertoleransi kerana memikirkan dia dan keluarga akan menyambut Deepavali hari ini,” katanya di sini, hari ini.
Beliau yang kesal dengan penyebaran dakwaan itu yang dipercayai berniat untuk memburukkan imej polis, memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terbabit jika tidak menghentikannya.
SUMBER : BHARIAN ONLINE
Post a Comment