Punca Sebenar Kenapa Bekas Pemain Bola Sepak Terbaik Dunia Ronaldinho Ini Jatuh Muflis, Hanya Ada RM23.86 Dalam Akaun. Lebih Mengejutkan Kereta Kena Tarik
Punca Sebenar Kenapa Bekas Pemain Bola Sepak Terbaik Dunia Ronaldinho Ini Jatuh Muflis, Hanya Ada RM23.86 Dalam Akaun. Lebih Mengejutkan Kereta Kena Tarik |
Bintang bola sepak terkenal dunia, Ronaldinho Gaúcho telah menggumumkan persaraannya dalam arena bola sepak secara rasmi pada awal Januari tahun lepas.
*ada video di bawah
Pemain yang terkenal dengan gelaran ‘King of Skill’ ini telah menjalani karier profesional selama 20 tahun dengan mewakili pasukan kebangsaan Brazil dan beberapa kelab terkenal di Eropah seperti, Barcelona dan AC Milan.
ARTIKEL MENARIK: Letak Jawatan dengan Linangan Air Mata Pun Kena Kecam
Selepas pengunduran Ronaldinho, peminat bola sepak saban hari mendengar berita yang kurang enak tentang pemenang Ballon D’Or tahun 2005 itu.
Pelbagai isu dan kontroversi telah timbul membabitkan dirinya sehingga menyebabkan status kewangan beliau terjejas dan hampir terancam untuk muflis.
Terbaru, menerusi mendedahan dari Football-Italia, sumber tersebut melaporkan bahawa Ronaldinho kini hanya memiliki wang simpanan sekitar €5 atau lebih kurang (RM23.86) di dalam akaun kewangan peribadi miliknya.
Lebih parah, Ronaldinho dilaporkan sedang terjerat dengan krisis hutang dengan jumlah nilai yang tinggi disebabkan hukuman yang dikenakan ke atasnya oleh kerajaan Brazil.
Hukuman dari Mahkamah oleh kerajaan Brazil
Football-Italia mendakwa krisis kewangan yang dihadapi Ronaldinho diyakini berpunca dari hubungan tidak baik dengan pemerintah kerajaan Brazil.
Isu ini mula tercetus pada tahun 2015 apabila beliau dan abangnya Roberto Asis telah membangunkan sebuah rumah di daerah Porto Alegre tanpa mempunyai premit yang sah dengan kata lain membina rumah tanpa mendapat keizinan kerajaan.
Selain itu, Ronaldinho juga telah bekerjasama dengan sebuah anak syarikat bernama Ren Constructions and Incorporations Ltd. untuk membina sebuah kilang gula dengan platform perikanan dan dermaga di kawasan pemuliharaan tetap di Tasik GuaÃba juga tanpa memohon kebenaran kerajaan.
Akibatnya, pemain berusia 38 tahun itu telah dikenakan hukuman sebanyak £1.7 juta (RM 9 juta). Bagaimanapun, pihak mahkamah tempatan melaporkan bahawa mereka hanya menerima bayaran dari Ronaldinho sebanyak £5 (RM26.94) sahaja.
Dek kerana gagal melunaskan pembayaran seperti yang di perintahkan, pihak makhamah melakukan tindakan awal dengan menyita pasport Ronaldinho dan Asis.
Seperti laporan, jumlah wang pembayaran yang dikenakan keatas mereka berdua semakin meningkat kepada €2 juta (RM9.545 juta) setakat ini.
Hanya bergantung sumber pendapatan dari Barcelona dan nike
Keadaan kewangan Ronaldinho pada hari ini telah mengejutkan seluruh peminat yang mengikuti perkembangannya dari semasa ke semasa.
Sememangnya Ronaldinho tidak memiliki sumber kewangan lain dan hanya mengharapkan pekerjaannya sebagai duta di Barcelona dan duta kepada produk sukan terkenal, Nike.
Pun begitu, terdapat juga desus desus mengatakan bahawa pihak pengurusan Barcelona kini dilihat semakin menjauhi Ronaldinho kerana mendakwa beliau mempunyai hubungan baik dengan Presiden Brazil, Jair Bolsonaro.
Penglibatan Ronaldinho dalam dunia politik
Ronaldinho pernah dikaitkan bakal menceburi arena politik di Brazil selepas bersara dari bola sepak.
Pada penghujung tahun 2017, Roberto Asis yang juga merangkap sebagai ejen kepada Ronaldinho pernah mengesahkan bahawa bintang Brazil itu sedang membuat penimbangan untuk menyertai dalam dunia politik.
Ronaldinho telah ditawar untuk menjadi calon bagi kerusi senat Brazil daripada parti konservatif Patriota pada pilihan raya persekutuan tahun 2018.
skill terbaik dari Ronaldinho
Sumber Via cegitucegini
Post a Comment