“Laporan 1MDB Diubah, Najib Tahu Tentang Ini” – Ketua Audit Negara
“Laporan 1MDB Diubah, Najib Tahu Tentang Ini” – Ketua Audit Negara |
PUTRAJAYA – Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr. Madinah Mohamad hari ini mendedahkan bahawa Laporan Akhir Pengauditan 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) telah diubah dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tahu tentang perkara ini.
Beliau berkata, dua perkara penting yang tidak dimasukkan dalam laporan itu – pertama mengenai kehadiran ahli perniagaan yang diburu Low Taek Jho atau Jho Low dalam satu mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB dan kedua berkenaan status kewangan 1MDB
ARTIKEL MENARIK: "Krisis Yuran PIBG" - Hanya Sumbangan, Bukan Wajib Bayar, Rupanya Pekeliling PIBG Dah Dikeluarkan Sejak 1989
Madinah berkata, perkara itu diarahkan bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada bekas Perdana Menteri, Tan Sri Shukry Salleh pada 26 Februari 2016 atas alasan ianya sensitif dan untuk mengelak fakta diputar-belit oleh pihak pembangkang ketika itu.
Madinah berkata, beliau telah menyampaikan taklimat kepada mesyuarat Jemaah Menteri mengenai pindaan kepada Laporan Akhir Pengauditan 1MDB sebelum laporan berkenaan dimuktamad dan dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Negara (PAC) pada 4 Mac 2016.
“Laporan akhir Pengauditan 1MDB sebelum pindaan telah diserahkan kepada Surujanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk siasatan lanjut pada 2018,” katanya dalam satu kenyataan. – Bernama
KREDIT : My Info Harian
Post a Comment