PENYANYI, Zila JohaRockstar yang juga merupakan bekas peserta Seiras Seirama dikhabarkan telah meninggal dunia akibat sakit jantung, jam 12.30 malam, semalam.
Semoga arwah Zila ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman. |
Khabar duka itu dikongsi menerusi Facebook kumpulannya The Kodox Band.
"Bismillahirahmanirahim. Zila vokalis kami telah kembali ke rahmatullah pada jam 12.30 malam tadi.
"Jenazah terus diterbangkan di kampung halaman Sandakan Sabah jam 10.25 pagi dan tiba pada jam 12.30 tadi.
ARTIKEL MENARIK: Biodata Nelydia Senrose, Pelakon Wanita Popular
"Sekarang dalam perjalanan ke tanah perkuburan. Mohon kodoxan semua doakan al-Fatihah dan berharap semuanya dipermudahkan.
"Kehilangan Zila sesuatu yg tak diduga. Terlalu banyak kenangan ketika masih hidup. Allahuakbar.
"Mana yang nak membuat sumbangan bleh bank in di 164427404353 (maybank) Kamarul. Kami wakil dari keluarga Zila minta halalkan makan minum. Dan segala kesilapan arwah. Kami rindukan adik kami," coret wakil keluarga.
Kali terakhir Zila atau nama lengkapnya Fazilah Asmar membuat persembahan ketika mengadakan The Kodox' Reunion, pada 2 November 2018 di Restoran KAWD, Ampang, Kuala Lumpur.
Kredit : sinarharian
Post a Comment