Pelajar IPTA Ini Jelaskan Kenapa Dia Hanya Boleh Belanja RM5 Sehari Dan Tidak Boleh Lebih. Rakan Dia Sendiri Terkejut

Pelajar IPTA Ini Jelaskan Kenapa Dia Hanya Boleh Belanja RM5 Sehari Dan Tidak Boleh Lebih. Rakan Dia Sendiri Terkejut

Pelajar IPTA Ini Jelaskan Kenapa Dia Hanya Boleh Belanja RM5 Sehari Dan Tidak Boleh Lebih. Rakan Dia Sendiri Terkejut

Pelajar IPTA Ini Jelaskan Kenapa Dia Hanya Boleh Belanja RM5 Sehari Dan Tidak Boleh Lebih. Rakan Dia Sendiri Terkejut
Pelajar IPTA Ini Jelaskan Kenapa Dia Hanya Boleh Belanja RM5 Sehari Dan Tidak Boleh Lebih. Rakan Dia Sendiri Terkejut

PETALING JAYA: Seorang gadis yang kisahnya tular kerana terpaksa ikat perut di kampus tidak kisah digelar kedekut kerana tabiatnya yang hanya membelanjakan RM5 setiap hari.

Sebaliknya, Nur Liyana Sukhaimi berkata itu antara salah satu inisiatifnya untuk mengawal perbelanjaan harian sejak di bangku sekolah menengah.

ARTIKEL MENARIK: Hari Tu Teh O Ais Udang, Sekarang Spageti Lipas Lak.. Nak Tau Tak Kedai Mana Tu??


Saya tak kisah kalau orang nak cakap saya kedekut tapi saya sebenarnya bukan kedekut. Ini adalah cara saya untuk kawal perbelanjaan. Saya target belanja kurang RM5, kalau lebih saya akan potong belanja untuk hari-hari mendatang.
Lain orang lain strateginya. Saya tahu keadaan saya macam mana. Saya dari keluarga yang sederhana sebab itu saya merancang ikut keadaan yang sesuai dengan diri saya.
Bagi saya makanan tak seberapa tak apa, yang penting ia mengenyangkan dan bolehlah untuk alas perut. Nak makan sedap tu bolehlah difikirkan lain kali,” katanya kepada mStar Online.
Ramai beranggapan jumlah RM5 tidak cukup untuk alas perut sepanjang hari apatah lagi dalam zaman sekarang sarapan pagi sahaja kadang-kadang boleh melebihi RM5.
Namun bagi gadis berusia 20 tahun itu, wang RM5 untuk belanja hariannya itu sudah memadai.
Orang cakap mustahil kalau sehari RM5 sudah boleh buat saya kenyang. Boleh (kenyang) tapi ada caranya.
“Saya bukan tak mampu langsung nak berbelanja mewah, cuma saya fikir untuk jangka masa panjang.
“Saya takut suatu hari nanti saya susah dan tiada simpanan sebab itu kalau makan saya memang agak berkira,” katanya.

Liyana bersama adik-beradik, ibu dan bapa tirinya. Foto ihsan Nur Liyana Sukhaimi.

Menurut anak kedua daripada lima beradik itu, dia wajib mengambil sarapan pagi kerana sajian ini membekalkan tenaga sepanjang hari untuk dia lebih cergas dan produktif.
“Jadi pagi saya gerak awal dan sarapan dekat kafetaria fakulti saya. Saya makan nasi goreng, ambil banyak mana pun harga tetap RM1.50. Saya akan bahagi dua nasi tersebut, separuh makan waktu sarapan, separuh lagi untuk makan tengah hari.


“Bila petang kadang-kadang ada kelas jadi bila balik dari kolej tak ada rasa nak makan, jadi dari situ dapat jimat duit. Saya hanya belanja RM1.50 untuk pagi dan tengah hari.
“Kalau saya lapar pun, saya akan beli nasi bersama lauk kegemaran saya kentang dan sambal tempe dengan wang baki RM3.50. Memang cukup-cukup duit tu saya akan guna.
“Pada waktu malam pula, saya akan beli roti kosong makan hanya untuk alas perut sebab malam sebenarnya tak ada selera nak makan… dari situ pun dah saving sikit,” katanya.

Posting dikongsi rakan sebilik Liyana, Nur Amirah Mohd Arif menjadi tular di Twitter.

Ditanya apa yang membuatkan dirinya menjadi seorang yang berdisiplin dalam berbelanja, Nur Liyana atau lebih mesra disapa Liyana berkata kesusahan yang dilalui ibunya membesarkan mereka lima beradik selepas kematian bapanya membuatkan dia insaf.
“Dulu masa arwah abah ada, saya minta dia basuhkan baju tiap kali saya balik dari asrama. Saya nampak saya memang tak berdikari waktu tu. Kalau bab duit pun akan belanja sesuka hati je, saya jadi boros. Kadang-kadang waktu rehat makan ikut apa yang nak.
“Selepas kematian abah saya semasa di Tingkatan 1, saya jadi orang yang berfikiran matang dan terbuka. Waktu itu saya belajar erti berdikari, simpan duit, kawal perbelanjaan dan bekerja pada cuti sekolah.
“Gaji ibu saya sekarang RM1,300, bila saya kira semua tolak bil air, elektrik, kereta, motor, yuran belajar anak-anak, duit belanja kami memang tak cukup. Jadi tiap kali saya lihat ibu susah-susah bekerja, saya jadi tak sanggup nak minta duit belanja darinya,” kata gadis yang bercita-cita mahu menjadi pendidik dan usahawan berjaya di masa hadapan.
Namun Liyana berkata dia sentiasa berpegang kepada nasihat ibunya bahawa rezeki itu milik Allah.
“Seboleh-bolehnya saya tak nak minta duit daripada ibu. Saya tahu ibu sebenarnya kadang-kadang tiada duit cuma dia tak tunjuk sahaja.
“Bila saya ada duit, saya tolong bagi duit belanja pada adik-beradik lain. Kadang-kadang saya buat bisnes printing dekat hostel, dapatlah top up duit belanja saya sedikit.
“Ibu selalu cakap rezeki itu milik Allah. Buat solat Dhuha, minta pada Allah,” katanya.
Kisah Liyana dikongsi rakan sebiliknya Nur Amirah Mohd Arif di Twitter dan mengundang sebak netizen. Foto ihsan Nur Amirah Mohd Arif.
Liyana berkata walaupun dia mendapat bantuan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), itu bukan alasan untuk dia leka dalam berbelanja.
“Saya dapat (pinjaman) PTPTN, saya tahu dapat duit memang seronok. Tapi tak seronok kalau tak pandai urus duit yang kita ada tu dengan baik.
“Seboleh-bolehnya saya tak akan usik dulu duit tu. Saya hanya gunakan untuk yang betul-betul perlu sahaja. Sebagai contoh duit biasiswa yang saya dapat, saya akan gunakan untuk bayar yuran pengajian,” katanya.
Pada masa sama, Liyana berkata dia menceritakan kisah hidup yang dilaluinya bukan untuk menagih simpati mana-mana pihak.
Namun, katanya dia sekadar mahu berkongsi cara-cara bagaimana dia dapat mengawal perbelanjaan hariannya.
“Sejujurnya saya bukan mahu meraih simpati, saya cuma mahu berkongsi tip-tip cara saya dapat bertahan di universiti.
“Mungkin dapat jadi contoh kepada orang lain di luar sana, lagi-lagi pada mereka yang suka berjimat.
“Nak hidup dekat universiti ni, saya nampak kita kena merancang. Rancang perbelanjaan kita,” katanya.
Sumber : mstar online
-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post