“Pernah digelar hitam dan tak cantik,” – Che Puan Khaleeda kongsi inspirasi buat semua

“Pernah digelar hitam dan tak cantik,” – Che Puan Khaleeda kongsi inspirasi buat semua

“Pernah digelar hitam dan tak cantik,” – Che Puan Khaleeda kongsi inspirasi buat semua

“Pernah digelar hitam dan tak cantik,” – Che Puan Khaleeda kongsi inspirasi buat semua
“Pernah digelar hitam dan tak cantik,” – Che Puan Khaleeda kongsi inspirasi buat semua

Bila berbicara mengenai kecantikan, pasti ramai yang ingat cantik itu haruslah berkulit putih gebu, tinggi, kurus dan sebagainya. Ini adalah tafsiran yang ternyata salah. Seperti yang dikatakan oleh Yang Mulia Che Puan Khaleeda, sebenarnya kecantikan itu datang dalam pelbagai bentuk, rupa dan yang paling penting sekali mestilah hati yang baik!

Kecantikan bukan hanya terletak pada rupa paras sahaja.


ARTIKEL MENARIK: Izzue Islam dan Forteen dipertemukan dalam sebuah ‘drama air mata’


Namun begitu, bagi isteri kepada Tunku Mahkota Johor, YM Che Puan Khaleeda, beliau merasakan bahawa kecantikan itu haruslah dilihat menerusi hati yang suci.
Beberapa hari yang lalu, anak bongsu kepada lima orang adik beradik itu telah memuat naik sekeping foto di laman Instagramnya dengan kapsyen yang penuh inspirasi.

Yang paling penting, bersyukurlah pada Tuhan.

Sewaktu membesar, saya sering diberitahu yang saya hitam, ada telinga yang besar, terlalu kurus, mempunyai hidung yang besar dan rupa saya hanya ‘biasa-biasa’ sahaja. Nasihat saya untuk semua wanita di luar sana, setiap orang itu berbeza dalam caranya yang tersendiri. Belajar untuk SAYANG, JAGA dan MENGHARGAI diri sendiri. YA saya hitam, YA saya ada telinga yang besar, YA saya ada hidung yang besar.
Saya bercakap sebegini untuk menunjukkan bahawa saya suka dengan apa yang Tuhan telah jadikan saya dan bersyukur dapat belajar menghargai diri saya pada usia seperti ini. Saya bersyukur dapat melihat, mendengar, bau dan menjalani kehidupan dengan sepenuhnya.
Saya tak mahu sia-siakan peluang yang ada ini. Jangan pernah biarkan masyarakat meletakkan definisi sebenar cantik itu kerana kecantikan datang dalam pelbagai bentuk dan saiz. Dengan hati yang ikhlas dan tingkah laku yang baik, kecantikan itu akan datang dengan sendirinya dan seperti yang telah saya katakan tadi, ‘apa yang telah kita berikan, pasti akan datang kembali pada kita.’
#SELFLOVE #haveyourowndefinitionofbeauty

Putih tak semestinya cantik, hitam tak semestinya hodoh.

Rata-rata, ramai yang bersetuju dengan Che Puan Khaleeda dan meninggalkan komen masing-masing pada foto yang telah dimuat naik oleh wanita cantik itu.

Che Puan, saya pun dikutuk benda yang sama

Che Puan cantik sangat!




Che Puan inspirasi kami…

Syukur Che Puan tak terjebak dalam perangkap industri kecantikan

Tidak kurang pula, terdapat juga pengikut yang kagum terhadap sikap menantu kepada Tunku Ismail Idris itu.
Selepas baca kata-kata daripada Yang Mulia Che Puan Khaleeda, pasti hijabi rasa terus positif kan? Jangan hiraukan apa yang orang nak kata, bersyukurlah dengan kurniaan Tuhan kerana kita semua cantik dalam cara tersendiri.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih 🙂
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular
Sumber: OhMyMedia n Hijabista

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post