Hari Tu Teh O Ais Udang, Sekarang Spageti Lipas Lak.. Nak Tau Tak Kedai Mana Tu??

Hari Tu Teh O Ais Udang, Sekarang Spageti Lipas Lak.. Nak Tau Tak Kedai Mana Tu??

Hari Tu Teh O Ais Udang, Sekarang Spageti Lipas Lak.. Nak Tau Tak Kedai Mana Tu??

Hari Tu Teh O Ais Udang, Sekarang Spageti Lipas Lak.. Nak Tau Tak Kedai Mana Tu??
Hari Tu Teh O Ais Udang, Sekarang Spageti Lipas Lak.. Nak Tau Tak Kedai Mana Tu??

Terbantut selera! Spageti aglio olio hampir licin, baru nampak lipas sembunyi dalam kupang

PETALING JAYA: Keterujaan seorang pelanggan berkunjung ke sebuah restoran bersama keluarganya untuk menikmati makan malam bertukar mimpi ngeri apabila sesuatu yang menggelikan ditemui dalam hidangannya.

ARTIKEL MENARIK: Lelaki Beronanii Di Dalam Kereta Mencetuskan Kemarahan Netizen Kerana Ini Berlaku Di Kawasan Sekolah


Beberapa gambar tular di media sosial menunjukkan hidangan spageti di sebuah pinggan hampir licin, yang tinggal hanya beberapa ekor kupang (mussel).
Namun, jika dilihat dengan teliti, terdapat seekor lipas mati ‘bersarang’ di dalam salah satu kupang di atas pinggan tersebut.
“My enemy is finding new ways to get to me (musuh saya mencari cara baharu untuk datang kepada saya,” menurut satu posting mengenai lipas tersebut di Twitter @ashrafariff pada Khamis.

Lipas mati di dalam kupang dalam sajian spageti.

Bagaimanapun, status mengenai lipas di dalam makanan tersebut merujuk kepada pengalaman yang dialami oleh anak saudara perempuannya yang berusia 18 tahun.
Gadis malang itu yang hanya mahu dikenali sebagai Ameera berkata, kejadian nyaris termakan lipas itu berlaku pada malam Selasa lalu, di sebuah restoran terkenal yang menyajikan makanan laut di sebuah pusat beli-belah di Shah Alam.


Malah dia turut berkongsi pengalaman menjijikkan itu di akaun Twitternya yang secara sinis menyebut: “Saya ada seekor lipas mati di dalam makanan saya. Saya tak akan mati kan… maksud saya memang ada orang yang makan lipas.”
“Ketika itu, saya bersama keluarga sedang makan malam di restoran terkenal tersebut. Saya memilih spageti aglio olio sebab ada kupang, antara makanan laut kegemaran.
“Seperti kebiasaan, saya akan makan spageti atau sajian utama terlebih dahulu, simpan kupang untuk diratah kemudian. Macam save the best for last (simpan yang terbaik untuk yang terakhir),” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Jumaat.

Menjijikkan!

Pelajar di sebuah kolej di Melaka itu bagaimanapun terkejut apabila menemui seekor lipas mati berada di dalam salah satu kupang di atas pinggannya yang masih berbaki sedikit spageti.
“Saya sangat terkejut. Nak jerit pun tak boleh, terkedu lidah. Tapi saya beritahu ayah pasal lipas tu. Ayah pun terkejut sebelum ambil gambar-gambar lipas dalam kupang dan panggil pengurus restoran sambil marah-marah.
“Pengurus restoran turut terkejut, meminta maaf dan memberitahu makan malam kami sekeluarga tidak dikenakan bayaran. Tapi, kami semua kecewa lalu meninggalkan makanan yang belum sempat habis dimakan dan beredar,” katanya anak kedua daripada tiga beradik ini.

Luahan Ameera yang nyaris termakan lipas dalam kupang

Menurut Ameera, dia sememangnya fobia dengan serangga perosak itu dan pernah melalui pengalaman menggelikan beberapa tahun lalu, apabila dihampiri seekor lipas terbang yang keluar dari penyaman udara di ruang tamu rumah.
“Tengok lipas tak bergerak pun saya geli, apatah lagi yang terbang, saya lari masuk bilik. Inikan pula lipas dalam makanan saya, yang elok tersepit di celah kupang tu.
“Saya trauma nak makan kupang lagi buat masa ni. Rasa geli pun ada. Saya harap pihak pengurusan di restoran berkenaan mengambil tindakan sewajarnya agar perkara ini tidak berulang,” katanya dengan nada kesal.


Perkongsian di Twitter @asharafariff mengenai pengalaman anak saudara perempuannya yang menjumpai lipas dalam makanan.
Sementara itu, pengurus restoran berkenaan ketika dihubungi mStar Online mengesahkan aduan penemuan lipas dalam makanan yang dibuat oleh sebuah keluarga pada malam Selasa lalu.
Pengurus yang hanya mahu dikenali sebagai Nas itu menjelaskan pihaknya sentiasa mengamalkan kebersihan dan pembersihan menjadi rutin operasi harian mereka.
“Kami kini menjalankan siasatan mengenai punca yang menyebabkan lipas itu berada di dalam makanan pelanggan tersebut. Kami periksa dari dapur sehingga ke luar sekitar restoran.
“Bagaimanapun, kami memohon maaf di atas kesulitan yang dialami keluarga berkenaan. Kami sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan terutama dari segi kebersihan,” katanya.
sumber Mstar

Teh O ais udang, geli atau ‘hipster’? Pemuda serik tak mau makan di kedai sama lagi

PETALING JAYA: Jika sebelum ini pernah tular mengenai lipas yang ditemui dalam makanan, lain pula kali ini apabila seorang pemuda dikejutkan dengan ‘kehadiran’ seekor udang tanpa kepala dalam bungkusan minuman yang dibelinya di sebuah premis di Negeri Sembilan.
Menerusi posting yang dimuat naik ke Twitter, Iqbal Sheikh Ali, 21, berkongsi foto minuman berkenaan yang boleh disifatkan sebagai jijik dan menggelikan.
Bercerita lanjut kepada mStar Online, Iqbal berkata, ia bukan kunjungan pertamanya ke premis perniagaan itu yang terletak di Nilai.

Sebelum ni ok je

“Sebelum ni dah tiga atau empat kali saya beli makanan kat situ, tak ada apa-apa masalah. Tapi pada hari kejadian, saya suruh kawan bungkus makanan dan minuman dari kedai tu, untuk kami makan kat rumah saya.
“Masa tengah buka plastik air baru saya perasan ada udang dalam teh o ais yang saya kirim.
“Memang geli, jadi saya buang sahaja. Lepas kejadian tu, saya memang serik dan mungkin tak akan pergi makan kat kedai tu lagi,” ujarnya sewaktu dihubungi, Rabu.
Menurut kakitangan di sebuah agensi pelancongan itu, dia bagaimanapun tidak mahu membesarkan hal berkenaan kerana mengenali pemilik kedai tersebut.

Paparan skrin perkongsian Iqbal yang tular di Twitter.


Ujarnya lagi, dia juga tidak menyangka perkongsian itu akan menarik perhatian ramai sehingga menerima lebih 7,000 ulang kicau (Retweet).
“Saya tak pergi minta ganti rugi pun, tak sempat nak pergi sebab agak sibuk.
“Tapi InsyaAllah saya berhasrat untuk jumpa pemilik kedai, face to face untuk maklumkan mengenai hal ini. Kalau pergi, saya tegurlah.
“Malah, kawan saya pun ada screenshoot posting saya dan hantar pada anak pemilik kedai tu,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Iqbal juga berharap kedai berkenaan serta pengusaha-pengusaha lain agar lebih berhati-hati dalam penyediaan makanan dan minuman agar insiden sama tidak berulang.

Antara komen net1zen di posting berkenaan.


“Saya nasihatkan orang ramai supaya berhati-hati, orang kedai juga perlu peka dalam menjaga kebersihan.
“Kita nak bagi orang makan, tak nak lah ada kejadian keracunan dan sebagainya,” kata Iqbal.
Selain kisah teh o ais udang yang dialami Iqbal, beberapa netizen turut meninggalkan komen mereka di posting itu, bercerita mengenai pengalaman yang hampir sama.

Pengalaman hampir sama

“And me, minum nescafe then sedutan terakhir tu dapat biji cili, terpelanting lepas orang tu korek gigi ke macam mana? or i dapat straw recycle orang guna untuk korek gigi?,” tulis @khadijahsazili.
“Member aku order kopi ais, minum dah nak habis baru sedar ada kulit ayam kat bawah. Hahaha, awal tu dia dah pelik sedut macam lekat-lekat. Tapi dia buat tak tau ja. Sampai sekarang boikot kopi ais kedai tu,” tulis @MatMirul pula.
“Kira okay teh o ais udang aku dapat teh o ais taik tikus and dah minum sampai tinggal suku daahh, memang ummph kot, tengah dahaga pulak ann,” kongsi seorang lagi pelayar Twitter.
sumber Mstar

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post