Ibu Mentua Dibakar Menantu Sendiri Meninggal Dunia..

Ibu Mentua Dibakar Menantu Sendiri Meninggal Dunia..

NIBONG TEBAL – Wanita warga emas yang dipercayai dibakar menantunya sendiri disahkan meninggal dunia petang tadi.

Ibu Mentua Dibakar Menantu Sendiri Meninggal Dunia..
Ibu Mentua Dibakar Menantu Sendiri Meninggal Dunia..

Mangsa, A Aganasi Mary, 69, disahkan meninggal dunia jam 3.05 petang tadi di Hospital Pulau Pinang selepas menerima rawatan di hospital berkenaan.

Ketua Polis Daerah Perai Selatan Superintendan Shafee Abdul Samad berkata, siasatan awal dijalankan mendapati kejadian bermula apabila suspek yang turun dari tingkat atas dalam keadaan mabuk.

ARTIKEL MENARIK: Ini Kata Kata Daniel Arif Kepada Bapanya Selepas Keluarga Dia Tiba Di Hospital. Terkejut Bapa Daniel Arif Bila Ini Yang Ditanya Sebab Macam Sakit Biasa Biasa Sahaja


“Ketika itu, mangsa dalam keadaan marah dan cakap perkataan kotor terhadap mangsa dan isterinya yang sedang menonton televisyen di ruang tamu.

“Suspek kemudian keluar dari rumah dan pergi ke bahagian hadapan rumah dan mengambil satu botol terpakai yang mengandungi petrol dan masuk semula ke dalam rumah,” katanya.

Katanya, suspek kemudian bertindak membuka penutup botol dan menyimbah petrol ke bahagian badan mangsa dan turut terkena baju, tangan dan kaki isterinya.

“Suspek mengambil pemetik api dan nyalakan kertas yang berada di ruang tamu seterusnya menghalakan kepada mangsa, tiba-tiba api tersebut menyambar anggota badan mangsa dan menyebabkan isteri suspek menjerit akibat daripada perbuatan suspek itu.


“Isteri suspek telah terdengar bunyi letupan di bahagian ruang tamu dan asap penuh di bahagian dalam rumah.

“Isteri suspek telah membawa mangsa dan anak perempuannya keluar menggunakan pintu di bahagian dapur,” katanya.

Menurutnya, pihak bomba datang dan memadamkan kebakaran selepas kejadian.

“Suspek ditemui terbaring di tingkat atas di hadapan pintu bilik dan didapati telah meninggal dunia.

“Mayat suspek kemudiannya dibawa ke Hospital Sungai Bakap untuk bedah siasat dan mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut kerana mengalami kecederaan melecur di bahagian anggota badan hampir 90 peratus,” katanya.

Kes disiasat dibawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan. – Sinar Harian

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post