Detik Cemas Dirakam Netizen Ketika Polis & Perompak Berbalas Tembakan Dalam Pasaraya, Kelima-lima Penjanayah Mati Ditembak Polis..

Detik Cemas Dirakam Netizen Ketika Polis & Perompak Berbalas Tembakan Dalam Pasaraya, Kelima-lima Penjanayah Mati Ditembak Polis..

Detik Cemas Dirakam Netizen Ketika Polis & Perompak Berbalas Tembakan Dalam Pasaraya, Kelima-lima Penjanayah Mati Ditembak Polis..

Detik Cemas Dirakam Netizen Ketika Polis & Perompak Berbalas Tembakan Dalam Pasaraya, Kelima-lima Penjanayah Mati Ditembak Polis..
Detik Cemas Dirakam Netizen Ketika Polis & Perompak Berbalas Tembakan Dalam Pasaraya, Kelima-lima Penjanayah Mati Ditembak Polis..

Pengunjung dan pekerja di sebuah pasar raya di Kuchai Lama, dekat sini, bertempiaran lari sebaik mendengar pintu cermin pecah dan puluhan tembakan dilepaskan dalam kejadian rompakan kedai emas dalam pusat beli-belah itu petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, empat daripada perompak berkenaan ditembak mati di lokasi kejadian, manakala seorang lagi ditembak mati kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian ketika dikejar polis.

ARTIKEL MENARIK: Sering Dihina & Digelar Tidak Berguna. Lelaki Tekad Bunuh Satu Keluarga Termasuk 2 Anak Kecil..


Seorang pekerja yang dikenali sebagai Hong berkata, dia cuba mendekati premis kedai emas berkenaan untuk merakam kejadian, namun secara tiba-tiba pintu cermin pecah sebelum dia tunduk dan masuk semula ke kedai tempatnya bekerja.

“Seorang rakan dari kedai lain datang ke tempat saya bekerja memaklumkan terdapat kejadian rompakan di kedai emas di hadapan kedainya.

“Ketika itu belum ada tembakan dilepaskan dan saya memberanikan diri mendekatinya untuk melihat kejadian sebelum pintu cermin pecah.

“Terdahulu saya sempat melihat tiga lelaki memakai topi keledar berada di dalam kedai emas dan sedang mengambil barang kemas, manakala seorang lagi berada di luar sambil memegang pistol,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Hong berkata, dia mendengar lebih 20 das tembakan dilepaskan, namun tidak pasti sama ada dari perompak atau pihak polis yang membuatkan dia kecut perut.

“Lutut saya terus menggigil kerana ketakutan. Beberapa rakan mendakwa terdapat penjenayah ditembak dan meninggal dunia,” katanya.

Seorang lagi saksi yang mahu dikenali sebagai Lee berkata, dia ternampak lima lelaki memakai topi keledar dan memakai vest berwarna hijau menyerupai polis selain membawa kapak, parang dan pistol.


“Saya nampak mereka masuk ke dalam kedai dan mengambil barang kemas sebelum saya keluar dari premis tempat saya bekerja kerana takut diapa-apakan,” katanya.


Polis tembak mati 5 penjenayah

KUALA LUMPUR: Polis menembak mati lima penjenayah yang menyamun sebuah kedai emas di sebuah pasar raya di Kuchai Lama, di sini, jam 4.30 petang tadi.

Dalam kejadian itu, sepasukan polis dari Bahagian Jenayah Berat (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor menembak mati empat penjenayah di lokasi kejadian, manakala seorang lagi suspek ditembak dalam kenderaan yang dikejar oleh anggota polis kira-kira satu kilometer dari lokasi terbabit.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, berkata seorang lagi suspek pula berjaya diberkas polis.

“Dua pistol dan beberapa parang turut dirampas dalam kejadian itu. Polis juga berjaya mendapatkan sebahagian besar barang kemas yang disamun suspek berkenaan.

“Seorang anggota polis cedera akibat terkena tembakan di bahagian kaki dan dilaporkan dalam keadaan stabil,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Katanya, anggota polis yang cedera dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut.

Difahamkan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim akan membuat sidang media di lokasi kejadian sebentar lagi.

Sumber: BH Online

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post