BERITA penyanyi Saleem men inggal dunia pagi semalam membuatkan persembahan kumpulan Forteen sedikit terganggu ketika menyanyikan lagu Suci Dalam Debu pada konsert ketiga program Gegar Vaganza, malam tadi.
[VIDEO] Sesuatu berlaku kepada kumpulan Forteen ketika menyanyikan lagu “Suci Dalam Debu” pada konsert ketiga program Gegar Vaganza, malam tadi |
Izzue yang mewakili Forteen mengakui mereka gementar dan masih terkejut dengan berita pemergian arwah.
“Tugasan minggu ini memang secara kebetulan. Apabila mendapat berita ini, kami semua terkejut dan terkedu. Malah, ketika berkumpul di dewan sebelum latihan terakhir kami saling tertanya-tanya apa yang perlu dibuat.
ARTIKEL MENARIK: Saleem Adalah Penyanyi Yang Tiada Tolok Bandingnya.Luahan Hati Dua Sahabat Baik Arwah,Zamani Dan Datuk Hattan…
“Sejujurnya masih tidak percaya dengan apa yang berlaku. Hinggakan emosi sebak terbawa-bawa ketika membuat persembahan. Malah, kami berasa sangat berat untuk menyanyikan lagu ini.
“Namun, kami sudah buat yang terbaik. Maafkan kami kalau ada kekurangan pada nyanyian malam tadi. Kami terima segala teguran diberikan juri,” katanya kepada Harian Metro.
Menurut Ameer, lagu Suci Dalam Debu itu sangat bermakna untuk mereka apatah lagi pernah beberapa kali berjumpa arwah ketika mengadakan persembahan pentas.
“Kami pernah bersua muka dan saling bertegur. Jadi, perasaan sebak itu tidak boleh elak ketika menyanyikan lagu ini. Ia sangat bermakna.
“Tidak dinafikan arwah seorang penyanyi legenda yang tiada ganti. Persembahan ini kami dedikasikan kepada arwah,” katanya.
Terdahulu, Saleem atau nama sebenarnya A M Salim Abdul Majeed menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Penyanyi berusia 57 itu sebelum ini terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 21 September lalu.
VIDEO:
Kredit : Sayap Hitam Dot Com.
Post a Comment