Saleem Adalah Penyanyi Yang Tiada Tolok Bandingnya.Luahan Hati Dua Sahabat Baik Arwah,Zamani Dan Datuk Hattan…

Saleem Adalah Penyanyi Yang Tiada Tolok Bandingnya.Luahan Hati Dua Sahabat Baik Arwah,Zamani Dan Datuk Hattan…

PENYANYI Zamani berkongsi banyak perancangan dibuat bersama Allahyarham Saleem semasa hayatnya, tidak tercapai.

Saleem Adalah Penyanyi Yang Tiada Tolok Bandingnya.Luahan Hati Dua Sahabat Baik Arwah,Zamani Dan Datuk Hattan…
Saleem Adalah Penyanyi Yang Tiada Tolok Bandingnya.Luahan Hati Dua Sahabat Baik Arwah,Zamani Dan Datuk Hattan…

Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim berkata, arwah ada menyuarakan hasrat untuk menyertai program realiti, Gegar Vaganza.

“Kami ada bergurau untuk masuk Gegar Vaganza beberapa tahun lalu sewaktu dia sihat.

ARTIKEL MENARIK: Ini Punca Utama Mengapa Penggiat Seni Akhirnya Bersatu Boikot DSV


“Saya memang amat terkilan tidak dapat bertemu dengan dia dalam keadaan dia sedar. Ada melawat selepas dia kemalangan, namun dia tidak boleh bercakap,” katanya.

Menurut Zamani, Saleem adalah penyanyi yang tiada tolok bandingnya dan antara artis yang paling senang bekerjasama.

“Allahyarham memang senang untuk memberikan kerjasama terutama ketika di studio rakaman. Suaranya memang tiada ganti,” katanya.

Zamani pernah merakamkan semula lagu Isabella dengan Saleem bersama dua penyanyi ternama lain iaitu Datuk Jamal Abdillah dan Amy Search.

Penyanyi, Hattan di temubual media sewaktu tiba menziarahi arwah Saleem Iklim di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM). FOTO Khairul Azhar Ahmad

Sementara itu, penyanyi Datuk Hattan berkata, Allahyarham pernah merakam sebuah lagu bersamanya, namun tidak berpeluang untuk dilancarkan.

“Kami berdua ada merakam sebuah lagu. Tetapi ia tidak pernah dilancarkan,” katanya.

Hattan juga berkongsi pengalaman ketika mereka menjayakan konsert jelajah di Sabah penghujung tahun lalu.

“Kali terakhir saya berjumpa Allahyarham adalah pada bulan Disember lalu ketika sama-sama menjayakan konsert jelajah di Sabah.

“Ketika itu arwah sangat gembira dan ceria. Sepanjang mengenalinya, arwah memang berperwatakan begitu.


“Saya agak ralat kerana sepatutnya saya dan isteri melawatnya dua minggu lalu, namun dibatalkan saat akhir kerana perlu pulang ke kampung,” katanya.

Terdahulu, Saleem atau nama sebenarnya, A.M Salim Abdul Majeed menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) 6.15 pagi hari ini.

Penyanyi berusia 57 itu sebelum ini terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 21 September lalu. Kemalangan tersebut mengakibatkan tulang rusuknya patah serta beliau berada dalam keadaan koma.

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Surau As Syakirin Bandar Mahkota Cheras dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cheras Perdana selepas solat Zohor.

Kredit : Sayap Hitam Dot Com.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post