[VIDEO] Ini perasaan Tun Mahathir Selepas Anwar Ibrahim Masuk Ke Parlimen Pagi Ini

[VIDEO] Ini perasaan Tun Mahathir Selepas Anwar Ibrahim Masuk Ke Parlimen Pagi Ini

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menzahirkan rasa gembira dengan kembalinya Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Dewan Rakyat sejurus menang besar di PRK Port Dickson.

[VIDEO] Ini perasaan Tun Mahathir Selepas Anwar Ibrahim Masuk Ke Parlimen Pagi Ini
[VIDEO] Ini perasaan Tun Mahathir Selepas Anwar Ibrahim Masuk Ke Parlimen Pagi Ini

Beliau berkata, semestinya kemasukan semula Anwar ke Dewan Rakyat sudah dijangka.

“Sudah tentu saya gembira Anwar masuk semula ke Parlimen, kami daripada parti sama.

“Lagipun kita memang menjangkakan kepulangan Anwar ke Parlimen,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

Malah kata Pengerusi Bersatu itu berkata, PH memang menjangkakan Anwar akan berjaya dalam perebutan tujuh penjuru di Port Dickson.

ARTIKEL MENARIK: Video tular aksi berlagak KJ bila bersalam dengan Menteri Belia dan Sukan, YB Saddiq


“Kami (PH) memang tahu Anwar pasti akan menang. Apabila berlaku persaingan tujuh penjuru, undi pembangkang akan pecah kepada enam, tentunya yang ketujuh akan menang.

“Malah Anwar telah beroleh kemenangan besar dah tentu saya gembira,” ujarnya.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut senada menyambut kepulangan semula Anwar.

RESPOND TUN MAHATHIR BILA DITANYA


“Alhamdulillah gembira bahawa sebelum ini dinafikan hak untuk bertanding dah masuk balik dalam Parlimrn, setelah mendapat keampunan atas dasar ‘miss carriage of justice’.

“Bukan mengaku kesalahan, atas dasar ‘miss carriage of justice’,” katanya. – Sinar Harian


TEPUKAN GEMURUH UNTUK ANWAR IBRAHIM


Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai anggota parlimen Port Dickson di Dewan Rakyat hari ini.


Beliau berbuat demikian pada pukul 10.04 pagi tadi di hadapan Speaker Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.

Ia merupakan aturan urusan mesyuarat pertama bagi sidang hari ini sebelum sesi soal jawab lisan.


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post