Berita Sedih,Ibu Kepada Datuk Afdlin Shauki ‘Pulang Ke Rahmatullah.

Berita Sedih,Ibu Kepada Datuk Afdlin Shauki ‘Pulang Ke Rahmatullah.

IBU kepada pelakon dan penerbit Afdlin Shauki, Fadzilah Jelani telah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.56 petang tadi di Institut Jantung Negara.

Berita Sedih,Ibu Kepada Datuk Afdlin Shauki ‘Pulang Ke Rahmatullah.
Berita Sedih,Ibu Kepada Datuk Afdlin Shauki ‘Pulang Ke Rahmatullah.

Berita tersebut disahkan oleh Afdlin sendiri menerusi kapsyen yang ditulis di Instagram (IG) sebentar tadi.

“Dukacita dimaklumkan bahawa ibu tersayang telah kembali ke rahmatullah pada hari ini.

Sama-sama kita doakan agar rohnya dirahmati dan ditempatkan dengan golongan orang yang beriman,” tulisnya di IG miliknya.

ARTIKEL MENARIK: [VIDEO] Sesuatu berlaku kepada kumpulan Forteen ketika menyanyikan lagu “Suci Dalam Debu” pada konsert ketiga program Gegar Vaganza, malam tadi


Sementara itu, pengurus Afdlin, Marcella berkata kepada sebuah portal hiburan, Allahyarham dimasukkan ke IJN pada 7 Oktober lalu bagi menjalani pembedahan pintasan jantung.

“Allahyarham dimasukkan ke hospital pada 7 Oktober dan pembedahan dilakukan dua hari kemudian.


“Pembedahan tersebut dibuat bagi memperbetulkan saluran jantungnya yang tersumbat,” ujarnya.

Fadzillah meninggal dunia pada usia 70 tahun.

Kredit : Sayap Hitam Dot Com.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post