Sebelum ini viral di media sosial seorang menteri agama telah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau akan mula menarik dan mengkaji semula undang undang berhubung dengan mengetuk pintu hotel dan menangkap sesiapa yang berkhalwat ataupun melakukan maksiat di hotel hotel murah dan sebagainya di Malaysia.
Rakyat Tak Layak Tegur Menteri Sebab Tak Sampai Level |
Kenyataan ini menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat Malaysia kerana menteri menteri baru seolah olah tidak menguatkuasakan undang undang agama bagi pesalah.
Berikutan dari kutukan di media sosial , Menteri agama tersebut mengambil keputusan untuk membalas segala persoalan netizen dengan melakukan sidang media yang menjadi viral di laman sosial kerana kata kata menteri agama tersebut yang agak berlagak dan kasar semakin membuatkan netizen mula tidak merasakan bahawa menteri tersebut adalah menteri yang sesuai dengan jawatannya dengan kata katanya yang agak bongkak.
ARTIKEL MENARIK: Pelaksanaan hukuman mati dimansuhkan!!!
Menteri tersebut seolah olah memberitahu bahawa netizen yang mengecam tindakan beliau tidak layak untuk memberi nasihat kepadanya kerana rakyat masih belum sampai level menteri tersebut . Beliau juga menganggap bahawa netizen yang menegur seolah olah masih tidak cukup ilmu untuk menegur tindakan beliau untuk membuat keputusan tersebut.
Menteri tersebut turut mengatakan bahawa netizen sepatutnya medengar penjelasan dari mulut beliau sendiri sebelum membuat andaian tentang keputusan yang dibuat beliau berkenaan dengan perihal agama didalam Malaysia kerana beliau terlebih dahulu mengkaji perkara tersebut sebelum melakukan apa apa keputusan.
sumber: alerttvmalaysia
‘Macamlah menteri agama ini bodoh sangat’ –MUJAHID YUSOF
KUALA LUMPUR 8 Okt.- Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof mempersoalkan tindakan sesetengah pihak yang lebih berminat mengecam sesuatu perkara tanpa mengetahui kebenarannya.
Ketika mengulas isu serbuan khalwat, Mujahid memberitahu, sesetengah pihak lebih berminat membaca tajuk berita terlebih dahulu dan membuat andaian sendiri tanpa mendapatkan kepastian mengenainya.
“Daripada isu ini kita boleh lihat bagaimana tahap mentaliti seseorang, ada yang tidak membaca transkrip penuh tetapi memaki hamun, macamlah menteri agama ini bodoh sangat, tidak ada agama.
“Saya tidak hairan dengan komen-komen daripada media sosial, tetapi kadang-kadang yang cakap ini taraf-taraf agamawan, taraf yang dihormati oleh masyarakat,” katanya ketika berucap dalam Persidangan Meja Bulat: Falsafah dan Tatacara Hukuman Jenayah Syariah Dalam Mencapai Matlamat Rahmatan lil Alamin di Institut Kajian Tinggi Islam Antarabangsa (IAIS), di sini hari ini.
Tambah Mujahid, sekiranya beliau dihormati pastinya pihak terbabit akan mendapatkan penjelasan daripadanya terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.
“Setidak-tidaknya ambillah sikap membiarkan menteri memberikan penjelasan terlebih dahulu, kalau kita hormat dia (menteri), kalau tidak hormat main belasah sahaja,” katanya.
Sebelum ini Mujahid dikecam beberapa pihak kerana didakwa mengeluarkan kenyataan kerajaan tidak akan melaksanakan serbuan khalwat kepada pasangan Islam.
Namun beliau menafikan laporan tersebut dan memberikan tempoh 24 jam kepada akhbar The Star untuk membuat permohonan maaf secara terbuka bermula semalam. – UTUSAN ONLINE
Kredit : Sayap Hitam Dot Com.
Post a Comment