Pelaksanaan hukuman mati dimansuhkan!!!

Pelaksanaan hukuman mati dimansuhkan!!!

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan hukuman mati mandatori bagi semua kesalahan akan dimansuhkan di negara ini.

Pelaksanaan hukuman mati dimansuhkan!!!
Pelaksanaan hukuman mati dimansuhkan!!!

Sehubungan itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, semua pelaksanaan hukuman mati akan ditangguhkan sehingga pemansuhan itu berkuat kuasa.

Beliau berkata, Kabinet sudah membuat keputusan untuk memansuhkan pelaksanaan hukuman mati, bagaimanapun terdapat beberapa perkara yang perlu diperincikan.

“Kita akan memaklumkan kepada Lembaga Pengampunan untuk melihat permohonan banduan yang kini dalam senarai hukuman mati, sama ada dilepas atau diringankan.

ARTIKEL MENARIK: Isu YB Norhizam Hassan Bakte digesa letak jawatan, Ini jawapan Kerajaan Melaka


Bagaimanapun, bagi kesalahan dadah ia mungkin berbeza kerana mahkamah mempunyai budi bicara untuk menjatuhkan hukuman mati atau sebaliknya,” katanya kepada media selepas Bual Bicara Reformasi Undang-undang di Universiti Malaya di sini, hari ini.

Vui Keong berkata, semua kertas kerja kini di peringkat akhir dan Peguam Negara sudah memberi isyarat ia sudah siap untuk dibentangkan di Parlimen bermula 15 Oktober ini.

“Ini adalah perkembangan penting bagi negara dan saya harap ia akan mendapat kelulusan supaya Rang Undang-undang (RUU) pemansuhan dapat dibentangkan dengan segera,” katanya.


INFO HUKUMAN MATI

106 – Negara sudah memansuhkan hukuman mati

4 – Republik Congo, Fiji, Madagascar dan Surinam memansuhkan hukuman mati pada 2015

32 – Negara kekalkan hukuman mati, namun tidak melaksanakannya dalam tempoh 10 tahun

58 – Negara masih mengekal dan melaksanakan hukuman mati

6 – Negara memansuhkan hukuman mati, namun mengekalkan pelaksanaannya dalam keadaan tertentu terutama membabitkan jenayah perang

89 peratus – Pelaksanaan hukuman mati berlaku di tiga negara – Pakistan, Iran dan Arab Saudi

Kredit : Sayap Hitam Dot Com.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post