Pemandu Teksi Ugut Akan “Lumpuhkan KL” Jika Tun Mahathir Enggan Letak Jawatan..

Pemandu Teksi Ugut Akan “Lumpuhkan KL” Jika Tun Mahathir Enggan Letak Jawatan..

Tun Dr Mahathir Mohamad sedia meletak jawatannya selepas kesal dengan tindakan segelintir pemandu teksi bersikap biadab dan meninggalkan sesi dialog selepas enggan menerima penjelasan beliau berkaitan isu GRAB.

Pemandu Teksi Ugut Akan “Lumpuhkan KL” Jika Tun Mahathir Enggan Letak Jawatan..
Pemandu Teksi Ugut Akan “Lumpuhkan KL” Jika Tun Mahathir Enggan Letak Jawatan..

Perdana Menteri berkata, beliau sudah bersara sebelum ini, namun kembali semula selepas diminta orang ramai untuk memulihkan keadaan negara.

“Saya nak tolong tapi kalau tak ada bantuan… saya pun tak boleh tolong juga. Kalau tak percaya saya boleh buat, buat sendiri. Tengok apa yang jadi.

ARTIKEL MENARIK: “Saya Akan Buat Hidup Anda Tak Tenang Dan Menyesal” – Cucu Zahid Hamidi baru umur 9 tahun, tapi sudah pandai mengugut


“Saya bukan nak jadi Perdana Menteri, saya dah bersara… orang panggil balik, jadi saya datang.

“Kalau tak nak saya jadi Perdana Menteri, saya hari ini letak jawatan. Tak ada masalah bagi saya,” katanya pada Sesi Dialog Bersama Pemandu Teksi Langkawi di sini, hari ini.

Terdahulu, kira-kira 10 pemandu teksi bertindak mengeluarkan kata-kata kesat dan membuat bising sebelum keluar dewan ketika Dr Mahathir memberi penjelasan berhubung isu e-hailing.

Sesi dialog itu dihadiri hampir 200 pemandu teksi Langkawi yang mendakwa pendapatan mereka terjejas ekoran perkhidmatan GRAB yang dikatakan ‘mencuri’ pelanggan.

Terdahulu, Dr Mahathir berkata, GRAB akan diminta menggunakan kenderaan yang diluluskan kerajaan, membayar insurans dan membayar cukai sama seperti teksi bagi memastikan persaingan adil.

“Saya pernah membangkitkan perkara ini dalam Kabinet… saya beritahu Menteri (Pengangkutan) supaya memperbetulkannya, tetapi malang sehingga kini tiada kemajuan langsung.

“Saya akan usaha lagi… saya pun rasa tidak adil. Perkara ini dalam perhatian saya tetapi saya tidak boleh bagi jaminan hapuskan GRAB, tetapi kita boleh samakan mereka dengan teksi,” katanya.


Surat Ugutan

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Tuan-tuan, saudara dan saudari,

Hari ini Kerajaan Pakatan Harapan yang diperintah Tun Dr. Mahathir anggap kita pemandu teksi sebagai orang yang biadap.

Tuan-tuan, di media sosial kini penyokong-penyokong Pakatan Harapan galak memberi pelbagai label untuk kita pemandu-pemandu teksi.

Kita digelar orang yang busuk, gasar, kita orang yang biadap dan pemandu teksi dikatakan bodoh kerana tidak ikut pada arus perubahan teknologi.

Tidak cukup kita dihina mereka memperlekehkan teksi kononnya tidak tahu teksi wujud sejak muncul sistem e-hailing seperti Grab, Uber.

Tanya diri tuan-tuan sendiri, adakah kita bodoh, biadap seperti mereka katakan?

Kita pemandu teksi sudah bertapak berpuluh tahun, di kalangan kita ada yang anak-anak sudah membesar dan berjaya melanjutkan pelajaran hasil titik peluh kita membawa teksi.

Tuan-tuan, bila penyokong Kerajaan galak memburuk-burukkan kita di media sosial lama-lama orang ramai tidak mahu guna perkhidmatan teksi.

Sedarlah ini bukan saja tabur pasir dalam periuk nasi tapi seolah-olah mahu merampas periuk nasi kita.

Kita ada persatuan, kita juga ada koperasi, bukan saja di KL tetapi di seluruh negara.

Sampai bila kita pemandu teksi mahu berdiam diri dan membiarkan Kerajaan yang memerintah belum sampai setahun jagung ini memburukkan kita?

Kita akan lumpuhkan bandar Kuala Lumpur!

Kita bermula di Jalan Imbi, Jalan Bukit Bintang, Jalan Sultan Ismail hingga ke Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Tarikh dan masa akan diberitahu. Mohon tuan-tuan dan saudara semua panjangkan mesej buat kumpulan pemandu-pemandu teksi di KL.

Kita bukan mahu menyusahkan rakyat daripada jalani rutin harian tetapi kita mahu desak Kerajaan berunding dengan kita.

Terima kasih.

Jamil Mat Desa

Pengerusi

Koperasi Pemandu Teksi Wilayah Persekutuan

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post