“Saya Akan Buat Hidup Anda Tak Tenang Dan Menyesal” – Cucu Zahid Hamidi baru umur 9 tahun, tapi sudah pandai mengugut
“Saya Akan Buat Hidup Anda Tak Tenang Dan Menyesal” – Cucu Zahid Hamidi baru umur 9 tahun, tapi sudah pandai mengugut |
Ahmad Zahid Hamidi, yang kini telah dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM2 juta selepas ditahan dengan 45 jenis pertuduhan itu dikatakan mempunyai sebuah keluarga yang sentiasa berada bersamanya
*Lihat klip penuh video tersebut di bawah
Salah seorang ahli keluarganya merupakan cucu perempuan berusia 9 tahun yang bernama Sofee.
ARTIKEL MENARIK: ‘Mereka Kata Isteri Saya Pemilik Grab, Tapi Naik Grab Juga’. – Najib Mengungkit ‘Janji’ Tun M Mahu Hapus Grab
Baru-baru ini, dalam satu klip video yang telah dimuat naik oleh ibunya Nurulhidayah Ahmad Zahid, Sofee memberitahu pihak lawan datuknya bahawa
“saya akan membuatkan anda menyesali hidup anda dan saya akan memastikan hidup anda tidak akan aman.”
Dalam klip berdurasi 28 saat itu kelihatan bahawa ibu kepada cucu perempuan presiden UMNO itu telah melatih anaknya itu untuk memberikan ucapan berunsur ‘ugutan’ bagi memberikan sokongan padu buat Zahid Hamidi.
sumber: says.com
“You can lock my grandpa up, but not his soul and his fighting spirit. We are his family and we will never stop praying for him.
“I will make your life un-peaceful (sic). I will make you regret your life. Remember – I am only nine years old and I am my country’s future.”
BAHASA:
“Anda boleh menahan atuk saya, tetapi bukan jiwanya dan semangat juangnya. Kami adalah keluarganya dan kami tidak akan berhenti berdoa untuknya.
“Saya akan membuat hidup anda tidak aman, saya akan membuat anda menyesali hidup anda. Ingat – Saya berusia sembilan tahun dan saya adalah masa depan negara saya.”
sumber celotehsaja
Nurul Hidayah perlu lindungi anak di internet – timbalan menteri
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Hannah Yeoh berkata Nurul Hidayah Ahmad Zahid harus melindungi anaknya di internet.
“Ibu bapa harus melindungi anak-anak mereka dan tidak membenarkan video mereka disebarkan di internet,” kata Yeoh di Twitter hari ini.
Kenyataan itu dibuat selepas Nurul Hidayah, anak perempuan bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, menyiarkan video anaknya ‘memberi amaran’ di Instagram.
Dalam video itu, kanak-kanak berumur sembilan tahun itu berkata: “Saya akan buat hidup kamu tak stabil, saya akan buat kamu menyesal seumur hidup”.
Cucu kepada Ahmad Zahid itu juga dilihat memakai T-shirt mirip pakaian lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Dalam pada itu, Yeoh menggesa orang ramai agar tidak berkongsi atau menyebarkan video itu yang sudah pun dihujani kecaman di internet.
“Saya minta kita henti kongsi video anak itu. Dia terlalu muda untuk faham apa yang sedang berlaku.
“Orang dewasa patutnya lebih tahu dan tidak memanipulasi emosinya. Anak itu tidak bersalah,” katanya lagi.
Video itu susulan daripada pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram yang dikenakan terhadap datuknya.
Pada Jumaat lalu, Zahid didakwa dengan 45 kesalahan di bawah Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur membenarkan anggota parlimen Bagan Datuk itu dibebaskan dengan ikat jamin RM2 juta bagi semua pertuduhan.
Video
"Saya Akan Buat Hidup Anda Tak Tenang & Anda Akan Menyesal" – Cucu Zahid Hamidi
"Saya Akan Buat Hidup Anda Tak Tenang & Anda Akan Menyesal" – Cucu Zahid Hamidi
Posted by Media Sentap on Saturday, 20 October 2018
Sumber Mkini kredit video Media Sentap Via cegitucegini
Post a Comment