Akhirnya Najib Razak Buka Mulut Selepas Menteri Luar Arab Saudi Adel Ahmed Buat Kenyataan Tentang RM2.6Bilion

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mengakui beliau tidak memeriksa dari mana sumber atau pemilik wang berjumlah RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.

Bekas Perdana Menteri itu hanya mengagak sumbangan itu dari Arab Saudi selepas Raja Abdullah Abdulaziz Al Saud memberi jaminan akan menyokongnya.

ARTIKEL MENARIK: [Video] Mula Ditinggalkan Ibu Dari Usia 12 Tahun, Sejak Dari Itu Mula Bekerja Di Lorong. Tetibe Mata Masuk Habuk Bila Dengar Luahan Hati Dia

TIADA AKSES DENGAN BANK

“Persoalannya ialah apabila saya menerima dana itu, adakah saya tahu dari mana sumber wang itu atau milik saya, yang pasti saya tiada akses untuk mendapatkan maklumat ini daripada bank.

INGATKAN SUMBANGAN IKHLAS

“Ini kerana pemilik dana itu dilindungi oleh undang-undang kerahsiaan perbankan. Maka, apabila saya menerima dana, secara jujur saya beranggapan ia adalah sumbangan ikhlas dan pada saat itu, saya percaya ia daripada Arab Saudi berdasarkan perbualan dengan Raja Abdullah,” katanya dalam satu wawancara bersama Aljazeera 101 Timur, hari ini.
Pada September lalu, Najib mendedahkan beberapa dokumen membabitkan perjanjian pembiayaan kewangan daripada Raja Abdullah Abdulaziz bagi mengesahkan bahawa dana RM2.6 bilion dimilikinya adalah derma daripada keluarga Diraja Arab Saudi.
Menerusi akaun Facebooknya, Najib mendedahkan tiga dokumen daripada Almarhum Raja Abdullah, satu daripadanya tertera perkataan ‘Recognition of Contribution to the Islamic World’ (pengiktirafan sumbangan kepada dunia Islam) bertarikh 1 Februari 2011.
Dua lagi dokumen adalah penyata transaksi kewangan yang diterima bertarikh 24 Februari 2011 dan 25 November tahun sama.

Najib turut menggesa pasukan penyiasat supaya menyiasat individu lain yang didakwanya turut terbabit dalam penyelewengan dana 1Malaysia Development Behad (1MDB) dan bukan hanya menyiasat Low Taek Jho atau Jho Low.
“Baiklah.. mereka melakukan kerja mereka tetapi jangan siasat Jho Low saja. Dapatkan orang lain juga kerana ada tokoh antarabangsa lain yang mungkin terbabit. Mereka juga mesti disiasat.
“Kita hendak tahu ke mana wang itu mengalir dan yang mendapat manfaat daripada dana 1MDB. Saya juga ingin tahu,” katanya. Sumber: Bharian Online

via KL Viral
-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post