Kau Pergi Jua…Anak Chot XOXO Meningg4l Duni4
Kau Pergi Jua…Anak Chot XOXO Meningg4l Duni4 |
Pelawak dan penyampai radio Chot (XOXO), berkongsi berita duka mengenai pemergian putera kesayangannya, Muhd Sher Harraz, pukul 8.40 pagi tadi (Isnin).Pada Sabtu hari lalu,menerusi laman social Instagram (IG), Chot memuat naik posting mengenai keadaan Harraz yang semakin lemah dan perkongsian tersebut telah mengundang sebak para pengikutnya.
Menurut Chot, Harraz yang mengalami masalah injap jantung terbalik mula menunjukkan respon positif ketika berada di wad Hospital Besar Melaka empat hari lalu.
ARTIKEL MENARIK: Keputusan Pemenang ABPBH 2018 Anugerah Bintang Popular BH 31! Khai Bahar Ulangi Kejayaan, Wany Hasrita Buat Kejutan!
“Alhamdulillah, Harraz senyum hari ni…Oksigen dia dah stabil, dah ada tanda bernafas sendiri cuma dibantu sikit dengan oksigen daripada machine.
“Segala jarum di badan sudah dicabut yang tinggal hanya ubat untuk jantung saja.
Allahuakhbar…Berkat doa keluarga, sahabat dan kalian Harraz sedikit demi sedikit tunjuk respon positif.
“Saya dan isteri hanya mampu sampai kan doa buat semua yang concern dengan keadaan Sher Harraz. Semoga segala urusan kita bersama dipermudahkan,” tulisnya di IG pada Jumaat.
Bagaimanapun, Allah lebih menyayangi Sher Harraz dan jenazah anak syurga itu akan dikebumikan selepas solat Asar di tanah perkuburan Felcra Ramuan Cina, Lubok Cina Melaka.
Berita sedih ini turut mengundang sebak di kalangan rakan-rakan pelawak lain yang mengucapkan takziah menerusi laman IG masing-masing.
Semoga Chot dan isteri tabah menghadapi ujian ini. Takziah daripada kami.
Post a Comment