‘D3sperat3 Ke Artis Lama Masuk GV? Kecik Hati Saya’ – Noraniza Idris

‘D3sperat3 Ke Artis Lama Masuk GV? Kecik Hati Saya’ – Noraniza Idris

PENYANYI Noraniza Idris meluahkan rasa kesalnya terhadap satu kenyataan yang telah dikeluarkan oleh bekas penaja program Gegar Vaganza (GV), Datuk Seri Vida, berkaitan gelaran ‘sendu’ yang diberikan kepada rakan artis seangkatannya.

‘D3sperat3 Ke Artis Lama Masuk GV? Kecik Hati Saya’ – Noraniza Idris
‘D3sperat3 Ke Artis Lama Masuk GV? Kecik Hati Saya’ – Noraniza Idris

Tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut, Noraniza telah memuat naik keratan artikel yang dimaksudkan di laman Instagram miliknya.

“Apa ni..? GV untuk artis sendu naik balik. Astaghfirullah… desperate ke artis lama masuk GV..? Kecik hati saya,” tulis Noraniza sebagai kapsyen.

ARTIKEL MENARIK: Kau Pergi Jua…Anak Chot XOXO Meningg4l Duni4


Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian daripada para pengikutnya di laman itu dan rata-ratanya turut menyokong apa yang disuarakan penyanyi Dikir Puteri ini.

“Bila kita jadi artis, cuba letak kat tempat org lain, mesti terasa tak banyak sikit. Saya tak suka orang downgrade dengan cara ayat tak appreciate cara orang lain berkarya.

“Bukan senang create platform sebagai artis. Takda artis, takda namanya makeup artis. Orang suka tengok sebab aksi mereka.

“Jangan guna perkataan sendu, rezeki tu kalau Allah nak tarik sekelip mata je kan,” luahnya lagi.

Dalam pada itu, Noraniza mengharapkan agar generasi baharu lebih menghargai artis-artis lama yang sebelum ini banyak berjasa kepada industri.

“Persatuan artis kita kena jaga nilai-nilai murni ini. Kita tak boleh biar orang mendidik dengan perkataan yang tak baik pada artis yang pernah berjasa.

“Hidup ini ibarat pusingan roda. Artis baharu menjadi tua dan lama. Dari awal lagi kena didik ayat menulis untuk mendidik pelapis kita menghargai artis-artis yang pernah berjasa dalam industri.

“Satu ketika dulu mereka juga adalah penyumbang ekonomi negara dalam industri muzik di Malaysia. Hargai. Jangan letak ayat yang seolah tak ada jiwa manusia yang prihatin,” tegasnya lagi.

Perkongsian yang dibuat Noraniza bukan sahaja mendapat perhatian daripada para pengikutnya, tetapi juga beberapa artis terkenal termasuk Fauziah Latiff.


“@datoserivida Mind your language and please have a respect for yourself and to others as well!!! Thank u Kak Ani,” tulisnya pada ruangan komen status tersebut.





datoserivida Saya kalau buat sesuatu..

Nak yg luar biasa..lain dari yg lain..

Caption DSV:

Bermula dgn Niat dan ada Hasil

Cetusan GV bila saya & Micheal Ang

Berfikir cara nak kembalikan kegemilangan artis atau beri peluang ke 2

Tajaan saya untuk Gegar Vaganza

Bermula dari Cetusan Idea

Nak ketengahkan Produks saya

Pamoga Qu Puteh..dan produks2 keluaran saya

Dan Menaiikan Artis Lama

Tapi, kena ada kejayaan lain selain jualan Produks, iaitu

Memberi peluang kedua

kpd Artis yang pernah popolar

dah tak aktif

Dgn menyediakan Platform..dalam Ranc Gegar Vaganza

Artis artis disediakan suatu spt

LIFT..bole naik cepat..gunakan ruang dan peluang ini

Kami di pihak Penaja

Mengeluarkan Jutaan Ringgit 1 musim

2 8 Juta

9 minggu

Siasaran

Setiap tahun kelainan di cari dan diberi

supaya tak sama

Macam mana sayang rasa?

Sumber: Sinar & IG

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post