Keputusan Pemenang ABPBH 2018 Anugerah Bintang Popular BH 31! Khai Bahar Ulangi Kejayaan, Wany Hasrita Buat Kejutan!
Keputusan Pemenang ABPBH 2018 Anugerah Bintang Popular BH 31! Khai Bahar Ulangi Kejayaan, Wany Hasrita Buat Kejutan! |
Kehangatan Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-31 yang berlangsung pada hari Ahad, 7 Oktober 2018 jam 9.00 malam kian dirasai apabila pemenang yang terdiri daripada calon lima teratas bagi 13 kategori utama dan lima kategori online dipertandingkan akan diumumkan sebaik sahaja acara anugerah berprestij itu berlangsung.
Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) yang telah memasuki edisi ke-31 menampilkan tema “Infiniti”
Pemilihan tema tersebut kerana ia menggambarkan kepada jumlah tidak terhingga atau tanpa had, diserapkan dalam semua medium terutama media sosial dan platform digital utama
ARTIKEL MENARIK: Di Mana Aishah Sebelum GV? Tiada Niat Buli Tapi Hanya Bantu Naikkan Artis ‘Sendu’
KEPUTUSAN SENARAI PEMENANG ABPBH 2018 ANUGERAH BINTANG POPULAR BH 31
Secara realistiknya, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) bukan bersandar kepada bakat semata-mata kerana pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan dalam anugerah tersebut bergantung atau ditentukan sepenuhnya melalui undian seratus peratus yang dibuat oleh para pembaca akhbar Berita Harian serta peminat
Pemenang kategori Utama dan Bintang Paling Popular ABPBH 31 dipilih berdasarkan kiraan undi tertinggi yang diterima oleh BH dan mekanisme yang sama juga digunakan untuk pemilihan pemenang bagi kategori online
Berikut adalah senarai penuh Pemenang Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-31 yang telah dilengkapkan melalui ruangan dibawah sepertimana pengumuman rasmi pemenang bagi setiap kategori dipertandingkan diumum sepanjang acara anugerah berlangsung.
Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular ABPBH 2018
Noor Kumalasari binti Mohamed Taib
Nurshazwany Hasrita binti Hasbullah atau nama komersialnya Wany Hasrita
Sumber: MySumber
Khai ulangi kejayaan, Wany Hasrita buat kejutan
PUTRAJAYA: Mempertahankan trofi Penyanyi Lelaki Popular pada kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31, Khai Bahar menyifatkan ia sebagai pencapaian manis dalam kerjaya seninya yang baru bermula.Untuk kategori itu, Khai menewaskan empat calon lain iaitu Aiman Tino, Aizat Amdan, Hael Husaini dan Haqiem Rusly.
“Tahun lalu, saya berpengalaman naik pentas untuk memegang trofi itu buat kali pertama. Tidak sangka, tahun ini rezeki masih berpihak kepada saya.
“Terima kasih kepada peminat yang tidak pernah putus-putus menyokong saya,” katanya.
KHAI Bahar menerima Anugerah kategori Penyanyi Lelaki Popular pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian ABPBH 31 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). – Foto EIZAIRI SHAMSUDIN
Sementara itu, Wany Hasrita pula membuat kejutan apabila mengetepikan pemenang tahun lalu, Siti Nordiana dalam kategori Penyanyi Wanita Popular.
“Ini adalah kemenangan pertama saya di ABPBH dan saya terkejut apabila menewaskan calon lain yang hebat terutama Siti Nordiana,” katanya.
Sementara itu, Fendy Bakry dinobatkan sebagai Artis Baharu Lelaki Popular, manakala Farah Nabilah pula diumumkan sebagai Artis Baharu Wanita Popular.
Kata Fendy, pada awalnya dirinya tidak dapat hadir kerana terikat dengan penggambaran, namun bergegas ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) untuk bersama-sama merasai kehangatan acara.
“Syukur saya berkesempatan ke sini dan tidak sangka, ia berbaloi apabila saya menang. Memang saya tak sangka. Terima kasih kepada drama, Mr Grey yang banyak melonjakkan nama saya,” katanya.
Fendy menewaskan Arif Bahran, Syafiq Farhain, Ismail Izzani dan Fikry Ibrahim untuk kategori itu.
Sementara itu, Farah Nabilah pula berkata, dia tidak menyangka akan meraih trofi Artis Baharu Wanita Popular kerana saingannya terutama Hannah Delisha mempunyai pengaruh yang tersendiri.
“Saya sangka Hannah yang menang, tetapi apabila diumumkan nama saya, memang saya terkejut.
“Terima kasih kepada peminat yang bertungkus lumus mengundi untuk memastikan kejayaan saya,” katanya.
Sumber: BH
Wany Hasrita Bintang Paling Popular ABPBH 31
PUTRAJAYA: Imej bersih dan bebas kontroversi, selain mempunyai pencapaian akademik yang membanggakan menjadi antara faktor tarikan yang menjulang penyanyi, Wany Hasrita sebagai Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31, sebentar tadi.Meraih undian tertinggi menerusi kategori Penyanyi Wanita Popular dengan 2,052,997, Wany, 25, mengejutkan ramai apabila menafikan kemaraan pencabar terdekatnya, Khai Bahar, selain menghampakan pemenang tahun lalu, Fattah Amin.
Yang turut memberikan saingan bagi gelaran tertinggi pada acara kemuncak yang dipancarkan secara langsung menerusi TV3 dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu ialah Emma Maembong dan Siti Nordiana.
Kemenangan itu melayakkan Wany yang juga lulusan Sarjana Muda Sains Perubatan dari Universiti Pengurusan dan Sains (MSU), Shah Alam membawa pulang hadiah utama, kereta Citroen C4 Picasso L2 bernilai kira-kira RM125,000 berserta trofi.
Terdahulu, Wany mengungguli kategori Penyanyi Wanita Popular, menghampakan pemenang edisi lalu, Siti Nordiana yang memberikan saingan sengit untuk membuktikan pengaruhnya di mata peminat.
Sementara itu, Khai tetap cemerlang apabila mempertahankan trofi Penyanyi Lelaki Popular, selain Fattah yang kembali diangkat peminat sebagai Pelakon TV Lelaki Popular, mengetepikan pencabar terdekatnya, Syafiq Kyle.
Bintang Tombiruo: Penunggu Rimba, Zul Ariffin pula mempertahankan trofi Pelakon Filem Lelaki Popular,meninggalkan pencabarnya, Syamsul Yusof yang turut meraih undian selesa bagi kategori itu.
ABPBH 31 juga menyaksikan Neelofa buat kali kelima mengungguli trofi Pengacara TV Popular, menewaskan Mira Filzah dan Sherry Alhadad.
Neelofa juga menjadi pilihan peminat untuk memenangi kategori online, Artis Sensasi Popular.
Kegembiraan mereka turut dikongsi bersama Zizan Razak yang mempertahankan trofi Artis Komedi Popular, menghampakan Jep dan Mark Adam yang memberi saingan sengit bagi kategori itu.
Andai pada edisi lalu, Nur Fazura melangkah bergaya dengan trofi Pelakon Filem Wanita Popular, namun kali ini dia terpaksa akur dengan keampuhan Emma Maembong yang mengungguli kategori itu.
Isteri kepada Fattah itu bagaimanapun, tidak pulang hampa apabila mengetepikan pemenang tahun lalu, Janna Nick untuk membawa pulang trofi Pelakon TV Wanita Popular.
Fazura turut menjadi pilihan peminat dalam kategori online apabila diangkat sebagai Pasangan Serasi Drama bersama suaminya, selain meraih trofi Pasangan Serasi Filem di samping gandingannya dalam J Revolusi, Zul Ariffin.
Sementara itu, Alif Satar yang menerima empat pencalonan dalam kategori utama ABPBH 31 menebus kekecewaannya tahun lalu apabila memenangi trofi Artis Versatil Popular.
Bapa kepada dua cahaya mata itu menghampakan pencabar terdekatnya, Azira Shafinaz dan Mira Filzah untuk kategori terbabit.
Yang turut cemerlang adalah Fendy Bakry yang memenangi trofi Artis Baharu Lelaki Popular, manakala Farah Nabilah pula mara selesa sebagai Artis Baharu Wanita Popular dengan menghampakan Hannah Delisha.
Gandingan mantap Syamel dan Ernie Zakri pula menepati ramalan ramai apabila diumumkan sebagai Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular, manakala penyampai Hot FM, Haziq mencipta kejutan apabila merampas trofi Penyampai Radio Popular daripada pemenang edisi lalu, Radin.
Untuk kategori online, dua bintang kanak-kanak menguasai kemenangan menerusi kejayaan Arif Jiwa sebagai Instafamous Cilik Popular, manakala Fatimah Omar Mukhlis (@theFamily.UK) meraih trofi Personaliti Media Sosial Popular.
Meskipun sudah dua dekad meninggalkan industri hiburan, keberkesanan dan kehebatannya beraksi di skrin televisyen serta layar lebar yang masih terpahat dalam ingatan ramai melayakkan bintang veteran, Noor Kumalasari untuk menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat.
Bintang yang pernah diangkat sebagai Model Of The Year 1978 itu melakar nama menerusi deretan filem hebat antaranya Menanti Hari Esok, Tiada Esok Bagimu, Esok Untuk Siapa dan Bayangan Maut, selain turut dikenali sebagai penyanyi.
Noor, 62, yang digelar sebagai Bintang Air Mata pernah merakamkan 10 album solo dan popular menerusi lagu antaranya Mata, Lagu Dari Kamar, Hati Seorang Kekasih serta Pulang Di Hari Raya membawa pulang barangan kemas tajaan Habib Jewels bernilai RM20,000 dan trofi.
Sumber: BH
Post a Comment