Jangan Cepat Hukum ‘Geng Kunyit’ Sebagai B3ncana Bal4 Allah – Mujahid

Jangan Cepat Hukum ‘Geng Kunyit’ Sebagai B3ncana Bal4 Allah – Mujahid

Jangan Cepat Hukum ‘Geng Kunyit’ Sebagai B3ncana Bal4 Allah – Mujahid

Jangan Cepat Hukum ‘Geng Kunyit’ Sebagai B3ncana Bal4 Allah – Mujahid
Jangan Cepat Hukum ‘Geng Kunyit’ Sebagai B3ncana Bal4 Allah – Mujahid

KUALA LUMPUR: Gejala lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT) di negara ini masih terkawal hasil pelbagai program pemulihan yang diwujudkan untuk golongan itu.

*video penuh di bawah

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, dalam menangani isu berkaitan LGBT, semua pihak mempunyai tanggungjawab menanganinya.

ARTIKEL MENARIK: Zahid Kata Bala Di Palu Kerana LG BT, Syed Saddiq Tanya “Kalau Makan Rasuah, Bala Turun Tak?”


Kes di Palu

“Kita jangan terlalu mudah menghukum satu-satu bencana itu termasuk yang berlaku di Palu, Indonesia sebagai bala berkaitan LGBT.
“Dalam keadaan kita hari ini, isu LGBT, walaupun ia satu permasalahan tapi masih di bawah kawalan. Saya tidak rasa kita terlalu mudah menghukum bala itu hanya dengan membuat satu-satu contoh, maka akan tiba satu bala.
“Yang perlu kita buat dan bincang ialah bagaimana menanganinya sebagai tanggungjawab kita menjaga supaya perkara ini tidak berleluasa,” katanya menjawab soalan tambahan Nik Nazmi Nik Ahmad (PH-PKR Setiawangsa) pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

Hukum dari segi agama

Nik Nazmi meminta penjelasan dari segi agama tindakan menghukum satu-satu peristiwa sebagai bala tanpa asas agama yang betul.

Mujahid berkata, orang Islam perlu menerima bahawa tidak ada sesuatu bala yang menimpa tanpa izin Allah tetapi menjatuhkan hukum sesuatu bencana akibat perbuatan tertentu tanpa asas adalah tidak wajar.
“Sebagai seorang Islam , sudah tentu kita kena percaya seperti firman Allah, tidak ada sesuatu bala yang menimpa tanpa izin Allah dan kepada Allah orang-orang yang beriman bertawakal bahawa semuanya datang daripadanya.
“Kalau kita mengkaji kisah kaum-kaum yang dihancurkan dan mungkin di sini dirujuk kepada kaum Luth. Perbuatan mereka itu terlalu terserlah. Dalam kata lain, mereka tidak segan silu melakukannya secara terbuka dan kerana itulah maka diturunkan bala,” katanya.
Terdahulu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (BN-UMNO Bagan Datuk) dalam soalan tambahannya mengaitkan kejadian gempa bumi dan tsunami di Palu, Indonesia sebagai bala Allah kerana mendakwa ada kira-kira 1,000 golongan LGBT di kawasan berkenaan.


Ini adalah hukum Allah


“Kita lihat keadaan di Malaysia turut membimbangkan yang mana kita tahu kejadian gempa bumi dan tsunami di Palu baru-baru ini dikhabarkan terdapat lebih kurang 1,000 mereka yang terbabit dalam kegiatan berkenaan (LGBT). Akibatnya, seluruh kawasan itu diranapkan. Ini adalah hukuman Allah,” katanya.
Menjawab soalan Ahmad Zahid mengenai keberkesanan Program Mukhayyam yang dijalankan Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM) bagi membantu golongan LGBT, Mujahid berkata, peserta program itu ada yang sudah menukar penampilan mereka kepada fitrah asal.

“Ada kelompok dalam LGBT ini masih ada penampilan berbeza dengan fitrah asal sedang berusaha meninggalkan perbuatan songsang mereka dan mengakui kini mereka dapat mengingati semula perkara asas dalam agama seperti ibadat solat.
“Ada satu lagi kumpulan ini mereka sedang mujahadah berusaha meninggalkan perbuatan itu,” katanya.
sumber BH kredit video Dramaone

Amal rasuah, curi duit rakyat bala turun tak – Syed Saddiq


Adakah bala akan turun jika mengamalkan rasuah dan bersekongkol dengan pihak yang mencuri wang rakyat, begitu pertanyaan yang dilontarkan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

67c36ac60e90d0db91e303e8db8c79ed.jpeg

“Kalau makan rasuah dan bersekongkol dengan mereka yang mencuri duit rakyat macam mana pula? Bala turun ke tak ?
“Di KBS (Kementerian Belia dan Sukan) dah 12 orang ditahan oleh SPRM. Dalam Umno saja dah terlalu banyak sampai dah hilang kiraan,” kata anggota parlimen Muar itu dalam suatu ciapan di Twitter hari ini yang dipercayai menempelak kenyataan presiden Umno.
Hantaran Syed Saddiq itu disertai pautan berita Malaysiakini mengenai kenyataan Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang berkata kejadian gempa bumi dan tsunami yang melanda bandar Palu di Sulawesi, Indonesia baru-baru ini berpunca daripada pembabitan sesetengah orang dalam aktiviti lesbian, gay, biseksual dan trangender (LGBT).

Menurut Zahid dikhabarkan perbuatan lebih seribu orang LGBT telah menyebabkan kemurkaan Allah.

Mengaitkannya dengan situasi di Malaysia anggota parlimen Bagan Datuk itu berkata kejadian gempa bumi di kawasan tersebut adalah petanda bahawa Allah menurunkan hukuman-Nya.

“Kita lihat situasi di Malaysia (berhubung isu LGBT) turut mengkhuatirkan, di mana kita tahu kejadian di Palu baru-baru ini apabila ada gempa bumi dan tsunami.
“Dikhabarkan terdapat lebih daripada seribu di kalangan mereka terlibat dalam aktiviti yang berkenaan, akibatnya seluruh kawasan diranapkan, ini adalah hukuman Allah,” kata Zahid lagi.

Video Penuh Mujahid menjawap isu Geng Kunyit



Mkini

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post