Menurut laporan laman Iluminasi. Penyiasatan oleh divisyen Greenpeace mendapati sampah-sampah harian, yang dieksport dari Britain sebagai barangan kitar semula rupanya dihantar untuk dibuang di tapak pelupusan haram yang dibuka di Malaysia.
Bagaimana 88,000 Tan Sampah United Kingdom Boleh Ada Di Malaysia? |
Laporan itu adalah susulan satu pendedahan yang dilakukan Agensi Alam Sekitar UK atau Environment Agency (EA) berkenaan penipuan yang berlaku dalam sistem eksport sampah kitar semula, yang sebenarnya tidak pun dikitar semula.
Hasil laporan EA tersebut pihak pembangkang United Kingdom mengutuk penyelewengan itu, serta menggesa agar reformasi ke atas sistem kitar semula UK diperkenalkan.
ARTIKEL MENARIK: Jangan Cepat Hukum ‘Geng Kunyit’ Sebagai B3ncana Bal4 Allah – Mujahid
Malaysia sebagai tempat pengumpulan sampah dunia?’
Eksport sampah kitar semula dari UK ke Malaysia meningkat, selepas kerajaan China bertindak melarang kemasukan bahan tersebut ke negara mereka. Bagaimanapun, lambakan produk khasnya daripada plastik yang terlalu tinggi menyebabkan sistem kitar semula yang diamalkan di Malaysia gagal menguruskan sisa buangan dengan baik.
Siasatan oleh pihak Greenpeace mendapati kebanyakan produk yang dijual di pasaraya UK boleh ditemui dalam longgokan sampah setinggi 10 kaki, yang memakan keluasan hampir 3 ekar. Tapak pelupusan itu yang lokasinya dikelilingi ladang sawit, terletak di pekan Jenjarom, Selangor.
Bungkusan produk-produk yang ditemui bukan saja melibatkan produk UK malahan beberapa negara Eropah lain, seperti Sepanyol, Perancis, Jerman, Ireland,Jepun dan juga Australia. Tarikh luput produk pula didapati masih baru, menandakan produk itu baru saja dibuang.
Selain itu, penemuan banyak beg kitar semula pihak berkuasa UK yang dikoyakkan membuktikan kempen kitar semula yang dijalankan UK hanyalah mitos yang enak untuk dicanang. Penduduk setempat didapati telah membuat aduan berkenaan kilang pelupusan itu, berikutan asap yang dilepaskannya berkemungkinan membahayakan kesihatan.
Penyelewengan dalam sistem kitar semula UK
Siasatan wakil Greenpeace di Klang, bandar yang menjadi pintu keluar masuk import eksport Malaysia juga menemui sebuah rumah kedai kosong, yang dijadikan markas pembahagian sampah ini secara rahsia. Bungkusan sampah yang disahkan berasal daripada Eropah dan Britain ditemui, dengan sebahagian besarnya cuba dibakar bagi melindungi operasi mereka.
Situasi sama turut ditemui di Ipoh, Perak apabila sebuah lokasi didapati turut sama menjalankan operasi serupa, dengan beg plastik dari UK seperti jenama Tesco, serta bungkusan-bungkusan dari Australia dilonggokkan dalam longgokan setinggi 20 kaki.
Masyarakat UK mewujudkan sistem insentif dan memberikan subsidi 60 pound untuk setiap 1 tan plastik. Walaupun begitu, jumlah plastik yang dieksport keluar untuk dilupus di negara-negara luar khasnya negara Asia dua kali ganda tinggi jumlahnya berbanding jumlah yang dikitar semula.
Daripada Januari hingga Ogos 2018, UK mengeksport keluar 88,000 tan sampah plastik ke negara kita – hampir suku daripada jumlah keseluruhan sampah plastik di sana. Itu baru UK, belum dicampurkan dengan sampah dari negara lain. Untuk tempoh enam bulan pertama tahun 2018 sahaja, negara kita menjadi tuan rumah kepada 150,000 tan sampah dari Amerika Syarikat.
Kami tidak tahu ini berlaku!
Tidak dapat dipastikan kenapa sampah yang sepatutnya diproses di UK boleh sampai ke Malaysia. Majoriti pihak yang didakwa menafikan perkara ini berlaku malahan menyalahkan sistem kitar semula yang dikatakan kompleks, sehingga mampu menyebabkan penyelewengan berlaku pada peringkat kontraktor yang dilantik kerajaan UK.
Dengan menggunakan dron untuk memantau tapak-tapak yang terlibat di Jenjarom, tinjauan mendapati wujud hampir 54 buah tapak pelupusan sampah dalam kawasan seluas 3 km persegi di Jenjarom sahaja. Daripada 54 yang ada, dianggarkan hanya 13 mempunyai kelulusan beroperasi.
Persatuan penduduk yang terjejas serta wakil daripada Persatuan Alam Sekitar Kuala Langat telah pun melakukan laporan berkali-kali, sehinggalah pada Oktober lalu kilang-kilang haram ini berjaya ditutup ekoran serbuan yang dilakukan. Bagaimanapun, penduduk berpendapat operator kilang haram itu hanya bertindak menutup operasi mereka di situ dan mencari tapak baru di daerah lain di mana larangannya tidak terlalu ketat.
Mereka yang pernah cuba melaporkan aktiviti haram ini mengakui pernah diganggu dan diberikan amaran oleh pengusaha-pengusaha kilang haram, menyebabkan ramai yang memilih untuk berdiam diri.
Pada 16 Oktober, Kementerian Tenaga, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar mengumumkan penggantungan lesen kelulusan bagi pengusaha mengimport masuk sampah plastik dari luar, selain daripada larangan ke atas import masuk sampah ke dalam negara kita. Setakat ini belum diketahui adakah langkah ini benar-benar berkesan atau tidak dalam menghalang masalah ini, yang bakal menjadi masalah besar sekiranya dibiarkan begitu saja.
Sumber: Iluminasi.com
Post a Comment