Zahid Kata Bala Di Palu Kerana LG BT, Syed Saddiq Tanya “Kalau Makan Rasuah, Bala Turun Tak?”

Zahid Kata Bala Di Palu Kerana LG BT, Syed Saddiq Tanya “Kalau Makan Rasuah, Bala Turun Tak?”

PETALING JAYA: Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilihat mempersoalkan kenyataan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mengaitkan bencana di Palu dengan gejala LGBT, seperti yang dilaporkan dalam sebuah portal berita tempatan.

Zahid Kata Bala Di Palu Kerana LG BT, Syed Saddiq Tanya “Kalau Makan Rasuah, Bala Turun Tak?”
Zahid Kata Bala Di Palu Kerana LG BT, Syed Saddiq Tanya “Kalau Makan Rasuah, Bala Turun Tak?”

Syed Saddiq menerusi laman Twitter rasminya pada Selasa membuat perkongsian berkenaan, seolah-olah tidak bersetuju dengan pandangan bekas perdana menteri itu.

“Kalau makan rasuah dan bersekongkol dengan mereka yang mencuri duit rakyat macam mana pula? Bala turun ke tak?

“Di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dah 12 orang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Dalam Umno ja dah terlalu banyak sampai dah hilang kiraan.

ARTIKEL MENARIK: Tergamak Buang Mayat Bayi


“Tak pula saya dengar bala akan turun kerana pencuri,” tulis Syed Saddiq dalam tweet berkenaan.



Menerusi laporan berita tersebut, Zahid yang juga ahli Parlimen Bagan Datuk berkata kejadian bencana alam di Palu, Sulawesi, Indonesia berpunca akibat pembabitan sesetengah orang dalam aktiviti LGBT yang akhirnya menyebabkan kemurkaan Allah.

Sementara itu, tweet berkenaan turut mendapat perhatian netizen dan menerima hampir 600 ulang kicau (retweet) dalam tempoh sejam selepas dimuat naik.


Rata-Rata Netizen Turut Memberi Pandangan Mereka Berhubung Isu Tersebut.


“Bala dan rahmat urusan Allah SWT. Allah SWT yang Maha mengetahui segala-galanya,” tulis @Samshuri.

“Salah ke dia beri nasihat tentang LGBT? Lihat apa yang dia kata bukan siapa yang berkata,” tulis @ElhamiShafeeq pula.

Pada 28 September lalu, gempa bumi dengan 7.5 magnitud menggegarkan bandar Palu di Sulawesi, mengakibatkan tsunami.

Kejadian itu turut mengakibatkan lebih 1,000 nyawa terkorban.

SUMBER : Mstar Online


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post