Penyakit kanser sel kelenjar yang dihidapi oleh penyanyi Elyana kini semakin serius. Sudah memasuki tahap empat, Elyana memberitahu sel kanser sudah merebak ke tulang belakang dan dia berkemungkinan akan lumpuh jika tidak dirawat.
“Hari Ini Saya Henti Terima Semua Rawatan, Kerana Ramai Ingin Saya M*ti” |
Justeru semakin ramai memberi sokongan moral dan berdoa buat nya, namun masih ada segelintir Netizen yang seolah-olah sudah terjamin tempat di syurga mengeluarkan kata-kata yang mengguris hati.
ARTIKEL MENARIK: “Kau Orang Ingat Badan Besar Macam Aku Ni Memang Tak Bernafsu Ke …..” – Afdlin Shauki
Dek kerana komen seorang Netizen yang kasar, Elyana mengatakan tidak akan memaafkan pengguna Instagram itu dan akan berhenti mendapatkan rawatan untuk penyakitnya.
Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Elyana menulis IG Stories tersebut setelah memberi reaksi kepada pengguna Instagram yang menyuruhnya membuang gambar-gambar lama.
Ironinya di profil pengguna Instagram itu, dia menulis ‘be nice to other’.
Lainkali bila orang sakit atau tengah lawan kesakitan or else bagi semangat. Bagi kata – kata positif, bukannya kau pergi tazkirah kan dia suruh itu ini.Faham? pic.twitter.com/Z82BT6FWP6— dylawok (@dylawok) October 26, 2018
Dorang ni bodoh kot, time sekolah tak belajar adab dengan orang sakit camne agaknya. Bodoh nak mampos. Tu la ponteng kelas agama lagi kan!!!!!!— elsie (@whiterosesrosie) October 27, 2018
Elyana kini didapati telah menyahaktifkan akaun Instagramnya. – beautifulnara.com
Sumber: @dylawok
Kredit: OhBulan
Bergelut Dengan Sakit Lagi, Nak Layan Peminat Biadap Lagi!
Seperti ramai sedia maklum, penyanyi Tak Tercapai Akalmu, Elyana kini sedang bergelut dengan kanser kelenjar yang dihidapinya sejak 7 tahun lalu. Sel kansernya itu sudah merebak ke bahagian tulang belakang hingga menyebabkannya sukar berjalan.
Apa yang menyedihkan adalah komen-komen tidak berhati perut yang ditinggalkan di Instagramnya seolah-olah ingin menjatuhkan semangat Elyana terus berjuang.
‘Ya Allah kesian dekat Elyana’
Satu komen yang ditinggalkan dan disifatkan kejam oleh seorang pengguna Instagram dengan nama ninja_nomad23. Individu itu ‘mendoakan’ supaya segala gambar tidak menutup aurat dapat dipadamkan sebelum ke alam sana.
Elyana kemudiannya membalas mengatakan individu itu sebagai ‘setan bertopengkan malaikat’ yang langsung tidak mempedulikan perasaan orang lain. Penyanyi itu bagaimanapun mengakui tidak tahu bagaimana untuk memaafkan individu berkenaan.
‘Aku sakit. Bukan nak teguran kau!’
Seorang lagi wanita mengatakan komen ditinggalkan adalah teguran dan teguran sebegitu perlu didengar walaupun dari seorang pelacur. Elyana membalas menyatakan dia sedang menanggung sakit dan tidak memerlukan komen berbaur begitu.
Ajak jumpa
Semua cakap pasal mati
Hadis palsu
Peminat cadangkan tutup komen
Sumber: Elyana
Kredit: OhBulan
Post a Comment