Sebuah helikopter yang dipercayai membawa Vichai Srivaddhanaprabha, pengerusi Leicester City, terhempas di luar King Power Stadium.
Helikopter Pemilik Leicester City Terhempas Sebaik Tinggalkan Stadium, Dikhuatiri Terkorban |
Identiti para penumpang masih tidak diketahui. Pun begitu, sumber mengatakan bahawa Srivaddhanaprabha berada di atas kapal, dan tidak jelas keadaannya samada terselamat atau tidak.
Kejadian berlaku selepas perlawanan membabitkan Leicester City dan West Ham United yang berkesudahan seri 1-1. Helikopter itu dikatakan terhempas berhampiran tempat letak kereta berhampiran stadium sejurus selepas berlepas dari padang pada jam 8.30 malam.
ARTIKEL MENARIK: London Tutup 500 Gereja, Buka 423 Masjid Baru
Laporan saksi memberitahu bahawa helikopter tersebut dilihat berpusing sebelum terhempas dan meletup sehingga mengeluarkan cetusan api yang besar.
“Saya baru keluar dari stadium dan nampak ia berputar, lalu jatuh ke tanah. Ia kemudian mengeluarkan letupan besar kemudian berkecai dengan api yang marak. Saya tidak rasa ada orang di sana kawasan tempat jatuh helikopter itu. Saya sangat takut. ”
Srivaddhanaprabha, 60, mempunyai empat orang anak dan pihak berkuasa masih tidak pasti jika ada ahli keluarga Srivaddhanaprabha yang berada di atas helikopter terbabit.
Terkini, seluruh kawasan stadium ditutup dan dikosongkan bagi tujuan siasatan.
SUMBER : BBC Via Lubok Cerita Express.
Post a Comment