“Kau Orang Ingat Badan Besar Macam Aku Ni Memang Tak Bernafsu Ke …..” – Afdlin Shauki

“Kau Orang Ingat Badan Besar Macam Aku Ni Memang Tak Bernafsu Ke …..” – Afdlin Shauki

“Kau Orang Ingat Badan Besar Macam Aku Ni Memang Tak Bernafsu Ke …..” – Afdlin Shauki

“Kau Orang Ingat Badan Besar Macam Aku Ni Memang Tak Bernafsu Ke …..” – Afdlin Shauki
“Kau Orang Ingat Badan Besar Macam Aku Ni Memang Tak Bernafsu Ke …..” – Afdlin Shauki

Siapa kata orang yang mempunyai badan besar tidak boleh melakukan aktiviti kecergasan.

Ternyata tanggapan orang ramai salah apabila selebriti terkenal, Datuk Afdlin Shauki berjaya membuktikan dirinya mampu untuk melakukan apa sahaja yang dia inginkan.

ARTIKEL MENARIK: “Tudung Macam Ni Boleh Masuk Syurga?”- Rupanya Inilah Individu Yang Selalu Tegur Elyana


Menerusi muat naik di Instagam, Afdlin berkongsi sebuah video aktiviti yang dilakukan olehnya semasa program Arena Panggang yang berlangsung semalam.
“Korang ingat badan besar memang tak bernafsu nak buat aktiviti kecergasan ke.
“Korang silap.Tag kawan korang yang badan besar tapi cergas,” tulisnya.
Rata-rata mengakui terhibur dengan tarian yang ditunjukkan oleh Afdlin dan mereka tidak puas untuk melihat dia beraksi lebih lagi di pentas Arena Panggang.

sumber Gempak Kredit video Viral Kami Video


Perniagaan Kurang Menggalakkan, Afdlin Shauki Terpaksa Tutup Comedy Planet Di Great Eastern Mall


Pelakon Datuk Afdlin Shauki mengakui terpaksa menutup restoran miliknya, Comedy Planet kerana tidak mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai.

Menerusi entri di Instagram (IG), Afdlin mengumumkan berita itu dan mengucapkan terima kasih kepada pihak yang sentiasa menyokong perniagaan dijalankan selama ini.

View this post on Instagram

A post shared by Afdlin Shauki (@afdlinshaukiofficial) on May 30, 2018 at 8:38am PDT
“Dengan penuh dukacitanya saya terpaksa memberitahu bulan May ini adalah bulan terakhir Comedy Planet Kuala Lumpur akan beroperasi di Great Eastern Mall.
“Oleh kerana sambutan yang kurang menggalakkan, kami terpaksa menghentikan operasi di sini. Perancangan kami adalah untuk mencari lokasi yg lebih sesuai untuk meneruskan restoran yang juga pentas bagi bakat-bakat komedi dan anak-anak seni di masa akan datang kalau ada rezeki.
“Kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada yang telah mengunjung dan juga telah memberi sokongan padu kepada kami! Tapi apakan daya, kami sudah tidak mampu meneruskan operasi di Great Eastern Mall.
“Terima kasih kepada semua pelawak, pekerja dan partner saya yang juga telah buat sehabis baik. In Shaa Allah kita akan bangkit kembali jika diizinkan-Nya,” tulisnya.
Rata-rata peminat meluahkan perasaan sedih dengan berita itu dan mereka mendoakan semoga Afdlin akan sentiasa dimurahkan rezeki serta mendapat lokasi yang sesuai untuk memulakan semula perniagaannya itu.

Sebelum ini Afdlin membuka cawangan pertamanya di Kilang Bateri, Johor Bahru dan memilih Great Eastern Mall, Ampang sebagai cawangan keduanya dalam perniagaan restoran berkonsepkan komedi.

Teks Oleh : Rozaimi Zubaidi

Foto: Instagram via Gempak

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post