Guru Tak Perlu Buat Tugas Kerani Lagi Mulai Januari 2019 – Dr. Maszlee

Guru Tak Perlu Buat Tugas Kerani Lagi Mulai Januari 2019 – Dr. Maszlee

KUALA LUMPUR: Pendidik di seluruh negara akan dikecualikan daripada beban tugas perkeranian, selewat-lewatnya pada Januari depan.

Guru Tak Perlu Buat Tugas Kerani Lagi Mulai Januari 2019 – Dr. Maszlee
Guru Tak Perlu Buat Tugas Kerani Lagi Mulai Januari 2019 – Dr. Maszlee

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, berkata langkah itu bertujuan memperkasa profesyen guru supaya lebih fokus kepada pengajaran di kelas bagi mendidik dan melahirkan generasi pelajar cemerlang.

Beliau berkata, amat merugikan apabila kemahiran dan kepakaran guru tidak dioptimumkan bagi tujuan mengajar, sebaliknya dibebankan dengan tugas perkeranian.

ARTIKEL MENARIK: Sistem Pentadbiran Malaysia Disalah Guna, Najib Guna Kuasanya Untuk Mencuri Wang Rakyat


“Pegawai saya kini sedang berusaha sebaik mungkin mengkaji cara untuk meringankan beban guru yang akan dibentangkan kepada saya selewat-lewatnya pada Disember ini.

“Guru tidak perlu melakukan kerja perkeranian lagi,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Forum Peningkatan Standard Bahasa Melayu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Peringkat Kebangsaan, di sini, hari ini.

Maszlee berkata, inisiatif itu bertujuan mengembalikan zaman kegemilangan guru, yang pernah dianggap sebagai ‘hero’ khususnya di era 80-an.


DR MASZLEE Malik. – Foto BERNAMA


“Saya mengimpikan supaya kita mengembalikan zaman kegemilangan guru. Generasi lama seperti saya, kami masih ada guru hero yang amat menyayangi kerjaya mereka.

“Guru sayang kita macam anak sendiri, bila mengajar, mereka benar-benar nak kita belajar dan berjaya. Kita kehilangan semua ini kerana guru hari ini dibebankan dengan kerja kerani.

“Kita akan ubah perkara ini dan kembalikan zaman kegemilangan guru. Ia akan dilaksanakan tidak lama lagi,” katanya


NUTP sokong tindakan ‘bebaskan’ guru daripada tugas perkeranian


Setiausaha Agung NUTP, Harry Tan Huat Hock. – Ihsan laman web NUTP


KUALA LUMPUR: Pengumuman kerajaan untuk membebaskan pendidik daripada beban tugas perkeranian, tahun depan adalah satu langkah yang ditunggu-tunggu guru seluruh negara.

Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Harry Tan Huat Hock, berkata NUTP sentiasa komited memperjuangkan isu supaya guru diberi lebih masa dengan murid dan bukan dibebani pelbagai tugas perkeranian.

“Ini memang pengumuman yang dinanti-nanti guru seluruh negara. Sebagai seorang guru, tugas utama kita adalah mewujudkan kemenjadian anak didik kita.

“Teknologi dan laporan tidak boleh menggantikan sentuhan peribadi dan pergaulan antara seorang guru dengan muridnya.

“Bagi murid yang hilang fokus, kurang kasih sayang, lemah, mereka perlukan lebih banyak masa dengan guru mereka,” katanya kepada NSTP, hari ini.

Beliau mengulas pengumuman Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, bahawa kementerian akan menghapuskan beban tugas perkeranian yang terpaksa dilakukan pendidik, selewat-lewatnya Januari depan.

Langkah itu, katanya, bertujuan memperkasakan profesyen guru supaya lebih fokus kepada pengajaran di kelas bagi mendidik dan melahirkan generasi pelajar cemerlang.

Huat Hock berkata, tanpa kerja perkeranian yang tidak relevan, masa untuk guru menjalin hubungan baik dengan pelajar, lebih terserlah dan bermakna.

Sumber: BH



Kredit :  Express Viral
-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post