Sistem Pentadbiran Malaysia Disalah Guna, Najib Guna Kuasanya Untuk Mencuri Wang Rakyat

Sistem Pentadbiran Malaysia Disalah Guna, Najib Guna Kuasanya Untuk Mencuri Wang Rakyat

KUALA LUMPUR – Sistem pentadbiran Malaysia telah disalahgunakan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menggunakan kuasanya untuk merompak negara, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Sistem Pentadbiran Malaysia Disalah Guna, Najib Guna Kuasanya Untuk Mencuri Wang Rakyat
Sistem Pentadbiran Malaysia Disalah Guna, Najib Guna Kuasanya Untuk Mencuri Wang Rakyat

“Sistem itu mungkin sama tetapi pemimpin itu berbeza, sistem berkenaan digunakan oleh lima Perdana Menteri sebelum ini dan tiada pertuduhan rasuah berskala itu terhadap kesemua empat pemimpin tersebut.

“Tetapi sistem itu disalahgunakan.

Apa yang dilakukannya ialah menggunakan kuasa untuk mencuri wang,” kata Mahathir pada program Hardtalk BBC semasa wawancara di London.

ARTIKEL MENARIK: “Dia Nak Hukum Pemaju Atau Hukum Rakyat?”, Najib Ajar Guan Eng Kurangkan Harga Rumah


Program selama 20 minit itu disiarkan hari ini.

Bercakap kepada peneraju program berkenaan, Zeinab Badawi, Perdana Menteri berkata, terserah pada mahkamah untuk memutuskan pertuduhan terhadap Najib.


Najib kini berdepan 21 pertuduhan dengan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram membabitkan lebih RM4.3 bilion dan empat pertuduhan rasuah berjumlah RM2.3 bilion melibatkan dana daripada 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) yang dikreditkan ke dalam akaun peribadinya. – Bernama

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post