Keputusan Mereka Terletak Di Tangan Pekerja Restoren Mamak. Siapa Akan Terkena. Memang Lawak Betul
Keputusan Mereka Terletak Di Tangan Pekerja Restoren Mamak. Siapa Akan Terkena. Memang Lawak Betul |
Memang seronok bila dapat lepak dengan kawan kawan, apa cerita pun boleh bertukar menjadi lawak jenaka. Berkongsi kisah kisah lucu sehingga tidak sedar yang mereka berborak sudah lama.
ARTIKEL MENARIK: Subhanallah! Inilah Bilal Dan Azan Terakhirnya, Beliau Terus Melaungkan Azan Sehingga Selesai
Lagi video menarik berada di bawah artikel
Port paling best untuk lepak dengan kawan kawan sudah semestinya dia restoren mamak. Minum teh tarik dengan makan roti bakar lepas itu pesan air kosong bergelas gelas. Ini adalah antara kenangan paling manis yang susah untuk dilupakan terutama ketika masih muda dan bujang.
Pilih Sapa Yang Bayar
Satu video yang menarik perhatian netizen di media sosial Facebook dan Instagram menunjukkan 4 orang kawan sedang beratur untuk buat bayaran di salah sebuah restoren mamak.
Kelihatan salah seorang daripada 4 orang kawan itu sedang memegang 4 keping kad pengenalan dan sedang mengocok (shuffle) seperti daun terup. Kad pengenalan itu diterbalikkan supaya wajah pemilik kad pengenalan daripada 4 orang kawan itu tidak nampak.
Mereka buat satu pertandingan dimana kad pengenalan yang mana pekerja mamak kaunter bayaran itu pilih orang itu kena bayar semua bil makanan dan minuman.
Jelas nampak kesemua 4 orang gundah gulana dan nampak risau siapa yang akan terkena.
Disaat pekerja restoren mamak ini memilih (mamak ni pun pelik tengok) salah satu kad pengenalan dan terbalikkan untuk lihat siapa pemilik kad tersebut alangkah terkejutnya bila rupa rupanya yang tukang shuffle kad pengenalan itu yang kena.
Maka bersorak la lagi 3 orang itu seperti mengatakan bahawa idea ini datang dari kawan mereka yang terkena itu dan akhirnya dia sendiri terkena.
Jadi memang kena bayarlah semua. haha! Ini pertama kali lihat gelagat cara bayar bil. Adakah ini akan menjadi trend? Kalau bil setakat RM10-20 takpe lagi. Kalau kena bil mahal memang koyak poket nak bayar. Hehe!
Sebelum Ini Pernah Terjadi Tetapi Cara Lain Sikit
Sebelum ini pernah juga terjadi video yang lebih kurang seperti ini. Bezanya mereka shuffle bil yang restoren mamak berikan seorang satu dan bagi secara rawak. Maknanya pemilik asal bil makanan minuman itu akan terima bil orang lain. Memang kelakar habis ..
SumberKL Viral
Post a Comment