Final Piala Malaysia: Suresh Jayaraman kini popular…
Di Katakan Tidak Adil Semasa Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2018. Lelaki Ini Bongkar Siapa Sebenarnya Pengadil Tersebut. Rupanya.. |
MESKIPUN telah berakhir perlawanan akhir Piala Malaysia 2018 antara Perak menentang Terengganu FC di Stadium Shah Alam malam Sabtu hingga membawa kemenangan kepada Perak, namun mutu pengadilan yang lemah masih menjadi bualan netizen di media sosial.
Nama pengadil Suresh Jayaraman yang beraksi pada perlawanan itu mula diperkatakan di media sosial hingga netizen berusaha mencari latar belakangnya di Facebook dan Twitter.
ARTIKEL MENARIK: ‘Pengadil final Piala Malaysia hari ini teruk’- Ini kritikan padu TMJ
Manakan tidak, layangan dua kad merah pada aksi perlawanan sememangnya satu perkara yang jarang berlaku dan situasi itu mencetuskan persoalan terhadap mutu dan kualiti pengadil yang mengendalikan perlawanan akhir.
Netizen juga mempersoalkan keputusan pengadil termasuk membiarkan pemain kedua-dua pasukan melakukan terjahan keras tanpa mengenakan sebarang amaran atau melayangkan kad.
Di Twitter Sid Razali telah memuatnaik status berkaitan Suresh dan memberitahu pengadil itu merupakan peminat Terengganu Football Club yang konon mengaitkan ketidakadilannya ketika mengendalikan perlawanan.
Malah bebenang Twitter turut merungkai pengadil itu pernah mengadili satu perlawanan akhir piala menteri Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) membabitkan universiti pernah tergendala selama 10 minit hingga 15 minit.
Bukan itu sahaja, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim juga membidas mutu pengadilan yang lemah dalam perlawanan akhir tersebut.
Walaupun peminat pasukan dilihat kurang berpuashati dengan mutu pengadilan tetapi semangat kesukanan antara kedua-dua pasukan wajar dipuji kerana tiada sebarang aksi pergaduhan tercetus sepanjang perlawanan. – Sinar Harian
Perak Juara Piala Malaysia 2018
Pasukan Perak muncul juara bagi saingan Piala Malaysia 2018 selepas menumpaskan pasukan TFC melalui penentuan sepakan penalti selepas kedua dua pasukan terikat dengan jaringan Perak (3) VS (3) TFC selepas permainan tamat 120 minit.
Full Time Perak menang selepas penentuan penalti dengan agregat 4 berbalas 1. Tahniah buat pasukan Perak
Siapa Suresh Jayaraman?
KUALA LUMPUR: Gara-gara beberapa keputusan kontroversi pada pentas final Piala Malaysia 2018, nama pengadil perlawanan Suresh Jayaraman tiba-tiba meledak di media sosial dan menjadi buah mulut ramai sejak malam tadi.
Pelbagai kecaman dan cemuhan dilemparkan ke atas pengadil berusia 30 tahun dari Selangor berkenaan selepas dilihat gagal mengawal dan mengendalikan pertembungan final paling dramatik dalam era moden antara Terengganu FC dan Perak itu.
Cuma, Suresh sedikit bernasib baik apabila kemenangan akhirnya berpihak kepada Perak dalam aksi yang terpaksa ditentukan menerusi penentuan sepakan penalti 4-1 selepas terikat 3-3 sepanjang 120 minit permainan di Stadium Shah Alam.
Keputusannya membatalkan dua gol Perak terutamanya menerusi tandukan Leandro dos Santos menimbulkan pertikaian dan nyaris menyebabkan skuad naib juara Liga Super itu terus kempunan Piala Malaysia buat tahun ke-19.
Berdasarkan semakan di laman web rasmi FIFA, nama Suresh bagaimanapun tidak berada dalam senarai pengadil badan induk dunia terbabit.
Namun, menurut sumber Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Suresh adalah calon terbaik dimiliki untuk mengadili aksi final itu selepas mengambil kira beberapa kriteria.
“Memang FAM mempunyai enam pengadil yang berada dalam senarai FIFA, tetapi terdapat pelbagai kekangan dan akhirnya mereka memilih Suresh.
“Pemilihannya berbanding dua calon lagi dibuat selepas mengambil kira prestasinya yang baik sepanjang musim ini selain dia yang terbaik selepas enam pengadil FIFA Malaysia berkenaan,” kata sumber berkenaan.
Difahamkan, selain prestasi semasa, kekangan lain diambil kira pengadil yang dilantik mengendalikan perlawanan akhir semestinya bukanlah yang berasal dari negeri yang melayakkan diri ke separuh akhir.
Ia sekali gus menyaksikan pengadil sedang meningkat dari Perak, Mohd Amirul Izwan diberi pengecualian manakala pengadil dari Pulau Pinang, Nazmi Nasaruddin pula baharu saja selesai mengendalikan aksi separuh akhir dengan beberapa pengadil lain ke luar negara.
Pada masa sama, Suresh turut memenuhi kriteria dan mempunyai lesen Kelas 1 Pengadil Kebangsaan Kategori A iaitu bermakna dia layak mengendalikan perlawanan tahap kebangsaan bertaraf Liga Malaysia dan Liga Super.
Lesen Kelas 1 Pengadil Kebangsaan itu boleh dipecahkan kepada tiga kategori iaitu A boleh mengendalikan aksi Liga Super, kategori B (Liga Perdana ke bawah) dan kategori C (Piala Belia dan Piala Presiden).
Bagi lesen Kelas 3 pula hanya boleh mengadili perlawanan dalam negeri saja.
Sebagai rekod, ia bukan kali pertama Suresh dipalit kontroversi selepas dikatakan menjadi punca pergaduhan final Piala Menteri Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) antara pasukan UiTM Shah Alam dan UiTM Perlis yang dicemari insiden tumbuk-menumbuk serta caci-mencaci pada tahun 2015.
Dalam perlawanan di Stadium Mini Shah Alam itu, Suresh turut melayangkan tiga kad merah membabitkan seorang pemain tuan rumah dan dua pelawat dengan jurulatih UiTM Perlis, Manja Man meluahkan rasa kecewa terutama dengan mutu pengadilan yang disifatkannya ‘bertaraf rendah’ sehingga mengundang insiden memalukan itu.
Malah, dia yang sudah tiga tahun mendapat lesen mengendalikan perlawanan Liga Super turut menjadi bahan pertikaian ketika Kedah tumpas 0-5 kepada T-Team tahun lalu selepas melayangkan kad merah kepada pertahanan Lang Merah, Rizal Ghazali.
Kronologi beberapa keputusan Suresh Jayaraman yang mencetuskan kontroversi:
Minit ke-31: Perak samakan kedudukan 1-1 menerusi tandukan Leandro
dos Santos, namun jaringan dibatalkan pengadil kerana Leandro didakwa mengasari penjaga gol.
Minit ke-34: Pemain Perak, Wander Luiz dilayang kad kuning kerana membantah keputusan pengadil
Minit ke-36: Pemain TFC, Lee Tuck dilayang kad kuning selepas mengasari pemain Perak
Minit ke-49: Jaringan Perak menerusi Gilmar da Silva dibatalkan biarpun dikatakan tidak berada dalam kedudukan ofsaid
Minit ke-56: Pemain Perak, Gilmar da Silva dilayang kad merah selepas mengutip kad kuning kedua manakala pemain TFC, Igor Zonjic turut dilayang kad kuning selepas berlaku insiden pergaduhan
Minit ke-66: Pemain TFC, Lee Tuck dilayang kad merah pada minit ke-66.
Minit ke-120: Pemain Perak, Leandro dos Santos dilayangkan kad kuning selepas dilihat sengaja provokasi pemain TFC, Igor Zonjic yang menjaringkan gol sendiri.
Sumber BH
Post a Comment