Mutu pengadilan teruk, ini boleh menyebabkan bola sepak negara tidak berkembang.
‘Pengadil final Piala Malaysia hari ini teruk’- Ini kritikan padu TMJ |
SHAH ALAM: Pengadil Suresh Jayaraman yang mengendalikan aksi final Malaysia antara Terengganu FC (TFC) dan Perak di Stadium Shah Alam, malam ini dianggap netizen sebagai pengadil terburuk dalam sejarah pengadilan trofi berprestij itu.
Turut membidas pengadil berkenaan ialah Pengerusi Liga Bolasepak Malaysia (MFL) Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menyifatkan mutu pengadilan hari ini teruk.
ARTIKEL MENARIK: Hasil Semakan Web FIFA, Ini penemuan mengejutkan mengenai Status pengadil Final Piala Malaysia
“Pengadil final Piala Malaysia hari ini teruk. Saya tidak pernah melihat dia dan saya terkejut mengapa dia dipilih untuk final,” kata Tunku Ismail.
Beberapa keputusan kontroversi Suresh dalam perlawanan itu termasuk membatalkan dua jaringan Perak dan melayangkan dua kad merah kepada pemain Perak, Gilmar da Silva pada minit ke-55 dan pemain TFC, Lee Tuck (m-66) menyaksikan ramai yang mengecamnya.
Kebanyakan komen netizen mempertikaikan kewibawaan Suresh untuk menjadi pengadil perlawanan penting itu serta gagal mengawal perlawanan sehingga hampir tercetus pergaduhan antara pemain kedua-dua pasukan.
Bagaimanapun, tidak menghairankan kerana Suresh dikatakan pernah menjadi punca pergaduhan final Piala Menteri Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) antara pasukan UiTM Shah Alam menewaskan UiTM Perlis 2-1 yang dicemari insiden tumbuk-menumbuk serta caci-mencaci pada tahun 2015.
Dalam perlawanan di Stadium Mini Shah Alam itu, Suresh turut melayangkan tiga kad merah membabitkan seorang pemain tuan rumah dan dua pelawat dengan jurulatih UiTM Perlis, Manja Man meluahkan rasa kecewa terutama dengan mutu pengadilan yang disifatkannya ‘bertaraf rendah’ sehingga mengundang insiden memalukan itu.
Pergaduhan diantara pemain Perak dan Terengganu pada Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2018 di Stadium Shah Alam. FOTO/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI
Penyokong Perak dari Seri Manjung, Dalina Aziz, 29, dan Liana Aziz, 29, antara yang hadir menyaksikan perlawanan akhir #PialaMalaysia2018 antara Terengganu menentang Perak di Stadium Shah Alam. – NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali
Ahmad Said Kritik Sistem Jualan Tiket Final Piala Malaysia Oleh PBSNT
Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) dan juga mantan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mengkritik cara PBSNT mengagihkan peruntukkan 30 000 keping tiket perlawanan akhir Piala Malaysia 2018 yang dilihat tidak teratur dan carca merba.
Beliau berkata keutamaan sepatutnya diberikan kepada penyokong setia skuad penyu untuk menyaksikan perlawanan akhir di antara Terengganu FC menentang Perak di Stadium Shah Alam malam ini.
Malah, Ahmad Said juga mengkritik kaedah pengurusan tiket oleh pihak persatuan yang dipercayai tidak mengikut prosedur betul menyebabkan kejadian penyokong pengsan dan berhimpit berulang.
Justeru, beliau tidak menolak kemungkinan wujud kalangan yang menggunakan orang tengah dengan membeli secara banyak sebelum menjual tiket di pasaran gelap untuk mendapat untung berlipat ganda.
“Cara persatuan menjual tiket, saya mengesyaki pihak yang menguruskan tiket ini menggunakan cara yang tidak betul.
“Sebab kalau ada lebih kurang 30,000, buka satu dua jam sudah habis tiket. Mungkin yang menjual guna orang lain iaitu orang tengah yang beli banyak dan jual untuk dapat habuan,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Situasi di kaunter stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah. Gambar kredit: Zulhilmi Zainal Azam, Astro Arena
Selain itu, Ahmad Said juga menyifatkan tindakan PBSNT yang hanya membuka satu kaunter jualan bagi menjual 2,000 tiket di Stadium Sultan Nasiruddin Shah sebagai tidak wajar.
Katanya, sudah tiba masanya persatuan mengubah kaedah itu dengan turut mencadangkan pembukaan kaunter khas untuk wanita.
“Orang beribu-ribu, satu kaunter saja dibuka, takkan tak boleh fikir sudah berpuluh tahun pengalaman.
“Bukalah 10 kaunter dan boleh buka satu saluran untuk wanita saja. Saya perhati benda ini,” katanya.
sumber: semuanya bola
kredit: Celotehsaja Via OhGebang.
Post a Comment