Tragedi Di Dapur Rumah. Cebisan Jari Bertaburan, Isteri Mati Ditetak Suami “Gila..”

Tragedi Di Dapur Rumah. Cebisan Jari Bertaburan, Isteri Mati Ditetak Suami “Gila..”

Ngeri, bayangkan tidak cukup dengan kesan tetakan di muka kiri, di atas dan belakang kepala selain pergelangan tangan kanan hampir putus, cebisan tiga jari kanan yang putus turut ditemui di dapur rumah.

Tragedi Di Dapur Rumah. Cebisan Jari Bertaburan, Isteri Mati Ditetak Suami “Gila..”
Tragedi Di Dapur Rumah. Cebisan Jari Bertaburan, Isteri Mati Ditetak Suami “Gila..”

Mangsa, seorang wanita berusia 27 tahun, dipercayai ditetak secara kejam oleh suaminya dalam satu kejadian di Ladang Pintasan, Kinabatangan, kira-kira jam 8 pagi semalam. Namun, laporan mengenainya hanya dibuat pada jam 8.45 malam tadi oleh orang awam.

Menerusi satu portal media tempatan, Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan A Sahak Rahmat, berkata kedua-dua suami isteri berkenaan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.

ARTIKEL MENARIK: Akibat Lewat Bayar Upah, Pengasuh Dera Bayi 14 Bulan Hingga Sawan Dan Kritikal


Hasil siasatan awal polis mendapati mangsa baru saja bekerja di ladang itu kira-kira sebulan sebagai pemungut biji sawit manakala suaminya tidak bekerja.

Ketika ditemui, katanya mayat mangsa berada di ruang tamu rumah dalam keadaan terlentang dan lengkap berpakaian. Pemeriksaan terhadap mayat mangsa mendapati terdapat kecederaan akibat tetakan di muka kiri, di atas kepala dan belakang kepala.


Selain itu, ujar lagi pergelangan tangan kanan mangsa juga hampir putus manakala tiga jari kanannya putus dipercayai ditetak. Pemeriksaan di dapur rumah menemui cebisan jari mangsa yang putus itu. Parang milik suami dipercayai menjadi senjata yang digunakan dalam kes ini.

Difahamkan, ketika kejadian, jiran-jiran mangsa mendakwa tidak mendengar sebarang pergaduhan ataupun bunyi bising dari rumah pasangan itu.

Namun, selepas kejadian, mereka melihat suspek berada di luar rumah sambil memegang sebilah parang dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira jam 8 malam sebelum melarikan diri ke arah sungai.

Beliau berkata, sejurus itu penduduk bertindak mengejar suspek kerana bimbang berlaku kejadian tidak diingini namun gagal sebelum mereka memeriksa rumah pasangan itu dan mendapati isterinya terbaring dalam keadaan berlumuran darah.

Setakat ini, motif kejadian dipercayai berpunca akibat perselisihan faham di antara mangsa dan suspek ketika mereka berada di dapur.

Ini berikutan penemuan periuk yang mengandungi sup ayam dan satu pinggan berisi nasi ditemui bertaburan di lantai dapur dipercayai dibaling.

Mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Kinabatangan untuk dibedah siasat. Usaha mengesan suspek berumur 30-an itu masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: Siakapkeli.my

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post