[Video] Mula Ditinggalkan Ibu Dari Usia 12 Tahun, Sejak Dari Itu Mula Bekerja Di Lorong. Tetibe Mata Masuk Habuk Bila Dengar Luahan Hati Dia

[Video] Mula Ditinggalkan Ibu Dari Usia 12 Tahun, Sejak Dari Itu Mula Bekerja Di Lorong. Tetibe Mata Masuk Habuk Bila Dengar Luahan Hati Dia

[Video] Mula Ditinggalkan Ibu Dari Usia 12 Tahun, Sejak Dari Itu Mula Bekerja Di Lorong. Tetibe Mata Masuk Habuk Bila Dengar Luahan Hati Dia

[Video] Mula Ditinggalkan Ibu Dari Usia 12 Tahun, Sejak Dari Itu Mula Bekerja Di Lorong. Tetibe Mata Masuk Habuk Bila Dengar Luahan Hati Dia
[Video] Mula Ditinggalkan Ibu Dari Usia 12 Tahun, Sejak Dari Itu Mula Bekerja Di Lorong. Tetibe Mata Masuk Habuk Bila Dengar Luahan Hati Dia

*video penuh dibawah

MULA bekerja di lorong seusia 12 tahun, ditinggalkan oleh ibu di tepi jalan, hanya ditemani sebotol susu, lima helai lampin bersama surat beranak.

ARTIKEL MENARIK: [TERKINI] Menteri Arab Saudi Buat ‘U-Turn’, Nafi Derma RM2.6 Bilion. Hadoi..



Itu antara perkongsian komuniti ini bersama penceramah bebas, Ebit Lew yang mengambil pendekatan bersama mereka.


Menerusi Instagram peribadinya, Ustaz Ebit Irawan Ibrahim Lew @ Lew Yun Pau, melahirkan rasa sebak ketika sesi hati ke hati bersama golongan tersebut selama tiga hari dua malam di sebuah resort.

Katanya, salah seorang komuniti itu bernama Mas berusia 26 tahun telah kembali kepada jalan ALLAH SWT dengan mengambil masa tiga hari sahaja malah kini telah mendirikan solat lima waktu tanpa gagal.

Bagaimanapun, perit hidupnya dilalui sendirian ketika usia masih kecil setelah ditinggalkan ibunya di tepi  jalan sehingga dirinya kekeringan air mata.


Sinar cahaya

Namun sinar cahaya hidupnya berubah setelah bertemu dengan Ustaz Ebit Lew, dan diisi dengan beribadah tanpa rasa jemu.

Kata Mas menerusi video di Instagram Ebit Lew, dia memberitahu telah mula memelihara solat dan timbul rasa rindu hendak bertemu ibu ayahnya walaupun tidak pernah berjumpa.
“Saya memang rindukan mak ayah walaupun tidak berjumpa. Sebelum ini memang tidak rasa rindu, tetapi bila saya mula solat, saya selalu rindu.

“Saya rasa mereka ada dekat dengan saya, saya ada simpan lagi surat beranak tetapi saya belum ada kekuatan untuk mencari mereka,” katanya.

Selain itu, menerusi Facebook Wan Syafiq Wan Zahidi turut memuat naik video tersebut hingga tular di media sosial.

Sehingga artikel disiarkan, video berdurasi 2.05 minit itu meraih 173, 000 tontonan, 4,900 tanda suka, lebih 1,000 maklumbalas dan hampir 7,000 perkongsian dari netizen.

EBIT LEW

Sedikit latar belakang tentang beliau , nama penuh beliau adalah Ustaz Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew @ Lew Yun Pau.Mempunyai 12 orang adik beradik, 6 budda dan 6 islam. Beliau ada seorang berbangsa cina dan Ayahnya juga berbangsa Cina. Ayahnya pernah bernikah dengan wanita Cina dan mempunyai 6 orang anak hasil perkongsian hidup dengan isteri pertama. Kemudian mereka bercerai. Seterusnya, beliau bertemu jodoh dengan seorang wanita beragama Islam lalu menukar agamanya kepada Islam. Namun begitu ,mereka sekeluarga jauh dari Islam, tidak mengamalkan ajaran Islam.

Ustaz Ebit Liew ketika kecil, tidak dibesarkan dengan ajaran Islam sepenuhnya. Di sekolah juga, dia seorang murid yang nakal, selalu mencari pasal dan menjadi murid yang tidak digemari oleh guru-guru. Nakal sangatlah pendek katanya. Hinggalah pada suatu hari, ketika berusia 12 tahun, seorang guru matematiknya telah berjaya mengetuk pintu hatinya berkaitan tentang tak solat dan membuatkan dia menangis dan menginsafi dirinya . Alhamdulilllah, berkat usaha guru itu dan izin Allah, dia yang tak pernah solat mula belajar solat dan mendekati Allah. Tidak setakat itu, perubahan Elbit Liew rupa-rupanya bagai suatu ‘pembuka’ yang seterusnya mendorong seluruh keluarganya, termasuk ibu dan ayahnya juga mendekati Islam. SubhanaAllah.
Sumber: Sinar via Kakibola kredit video Wan Syafiq Wan Zahidi

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post